web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Virus’ Kata-Mengata Kerajaan PH Masih Wujud, Belum Ditemui Vaksinnya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:11PM

Shabery Cheek berkata, beliau mencadangkan agar ada formula betul dalam menangani ‘virus kata-mengata’ itu, manakala semua pihak perlu bekerja dengan kuat serta ‘kurang bercakap’ - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecenderungan kata-mengata sesama sendiri secara terbuka adalah virus yang menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika pentadbiran gabungan itu selama 22 bulan sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, ketika itu pihak terbabit dilihat ‘tidak menjumpai’ jalan saluran dalaman.

Katanya, ‘vaksin’ bagi virus tersebut masih belum ditemui sehingga hari ini, meskipun gabungan itu kembali mentadbir negara kini.

“Semasa pembangkang, siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak payah disiplin.

“Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila ringgit nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun-duyun seperti dahulu.

“Berapa tinggi pula dividen Tabung Haji, LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan lain-lain. Paling susah fasal ayam dan telur.  Susah semua ni,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, beliau memuat naik tangkap layar laporan berita berhubung kenyataan seorang Ahli Parlimen PKR yang menyifatkan, Barisan Nasional (BN) dan UMNO terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah serta pecah amanah sebagai virus.

Selain itu, Shabery turut memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang membayangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Presiden UMNO sebagai ‘beban’ bukan hanya kepada parti itu, malah untuk PH dan Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan dipimpin Anwar ketika ini terdiri daripada gabungan parti berbeza antaranya PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Shabery berkata, beliau mencadangkan agar ada formula betul dalam menangani ‘virus kata-mengata’ itu, manakala semua pihak perlu bekerja dengan kuat serta ‘kurang bercakap’.

“Bukan cari fasal dengan rakan yang sama-sama dalam kerajaan. Jambatan segera pakai besi. Banyak skru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh.

“Nak buat yang konkrit makan masa.” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad