web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Standard Tinggi, Sekiranya Bermain Seperti Argentina, Messi Itu Dari UMNO - Zahida

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 6:10PM

Zahida Zarik Khan turut berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana permainan persepsi parti lawan khususnya, Perikatan Nasional (PN) - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam kerajaan perpaduan perlu menunjukkan prestasi cemerlang bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa parti itu masih lagi relevan.

Ketua Puterinya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tingkah laku dan gerak kerja mereka adalah cerminan kepada UMNO yang dimomokkan kepada rakyat sebagai parti kotor dan korup.

“Enam Menteri dan enam Timbalan Menteri kita mestilah dilihat sebagai kumpulan yang paling perform dalam kerajaan hari ini. Mereka mesti perform dan mesti dilihat perform. Mereka mesti bijak dan mesti dilihat bijak. Mereka mesti bekerja kuat dan mesti dilihat bekerja kuat.

“Kalau team bola, sekiranya bermain seperti Argentina, Messi itu ialah dari UMNO. Kerajaan ini mesti kembali menjadi kerajaan world class. Ia menjadi world class kerana pemain terbaiknya dari UMNO. Yang dilahirkan dari sekolah UMNO. Dari bangunan WTC ini.

“Cukup-cukuplah nyanyian 'Hoi Hoi Ya Hoi' itu, kerana inilah pemain-pemain yang bersama kamu untuk mendukung kerajaan ini dan sama-sama membangunkan kembali negara yang semakin runtuh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Tegas Zahida, sebagai parti yang sentiasa berbangga dengan track record sebelum ini, UMNO sepatutnya meletakkan 2018 sebagai penanda aras prestasi kerajaan hari ini.

“Kalau tidak lebih baik, sekurang-kurangnya mesti sama seperti itu. Inilah definisi prestasi yang mesti dicapai oleh Menteri dan Timbalan Menteri kita.

“Standard BN adalah tinggi. Maka mana-mana kerajaan kalau lebih rendah dari itu, ia tetap dianggap kerajaan gagal.

“Sebagai parti yang bermaruah, kita tidak boleh sama sekali dilihat bersama dengan kerajaan yang gagal,” katanya.

Dalam pada itu, Zahida berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana permainan persepsi parti lawan khususnya, Perikatan Nasional (PN).

“Persepsi bahawa PN parti bersih adalah mitos yang perlu dibongkar. Menang bukan bererti benar, kalah bukan bererti salah.

“Kita kalah hari ini tidak menyebabkan kita menyerah. Mainan persepsi hanyalah seperti memasang lensa di mata rakyat, kuning menjadi merah, biru menjadi hijau ini adalah mainan persepsi.

“Tugas kita adalah bagaimana untuk menanggalkan lensa untuk rakyat melihat realiti sebenar,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai