web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ready To Fight', KJ Puji Keberanian Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 2:57PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Khairy Jamaluddin (kiri) ketika hadir pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia berdepan pencabarnya bagi jawatan Presiden pada pemilihan yang akan datang.

Khairy berkata, kesediaan itu dimaklumkan Ahmad Zahid sendiri ketika mereka terserempak semasa menghadiri Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

“Alhamdulillah pagi tadi saya bertembung dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sambil saya salam beliau, beliau sebut ready to fight.

“Maknanya beliau sedia untuk berdepan sebarang cabaran dalam pemilihan parti. Beliau sendiri berani. Saya salute kepada beliau (kerana) tak takut,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

Justeru katanya, sebarang usaha mana-mana pihak yang mengusulkan agar jawatan Presiden tidak dipertandingkan adalah bertentangan dengan keberanian beliau.

“Buka semua jawatan untuk dipertandingkan,” tegasnya.

Terdahulu, Khairy mengecam tindakan 140 Ketua UMNO Bahagian yang bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Malah mantan Menteri Kesihatan itu yakin Ahmad Zahid seorang pejuang dan tidak gentar jika kedudukannya sebagai Presiden dicabar pada pemilihan parti akan datang.

Susulan itu, katanya, UMNO harus membuka ruang untuk jawatan tertinggi itu dipertandingkan bagi menyuburkan demokrasi dalam parti.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi pencabarnya.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

Umum mengetahui, Khairy pernah memberi bayangan bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden pada pemilihan kali ini.

Pada pemilihan UMNO 2018, beliau pernah mencabar Ahmad Zahid namun tewas apabila sekadar meraih 51 undi.

Ahmad Zahid yang mendahului pencabar lain dengan 93 undi diangkat sebagai Presiden UMNO menggantikan Datuk Seri Najib Razak ketika itu. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad