web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR, Segera Ambil Tindakan Terhadap Politik Wang - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 1:15PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengambil tindakan segera terhadap semua petisyen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengenai politik wang, termasuk yang didedah menerusi video dan tular di media sosial sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sayap UMNO itu mengucapkan syabas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mula bertindak ke atas suspek kes penyelewengan RM92.5 bilion pakej rangsangan ekonomi, yang diluluskan ketika darurat.

“Khabarnya lebih ramai lagi yang akan ditahan dan diambil tindakan. Ini mengesahkan lagi kesangsian kita selama ini bahawa kemungkinan berbilion-bilion duit rakyat disakau melalui projek rundingan terus yang diluluskan dalam tempoh darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

“Barangkali mungkin sebab itu jugalah ada parti yang selama ini bersandiwara dengan mengutip duit syiling untuk memasang bendera, kini boleh berkempen dan berbelanja mewah sehingga membayar ratusan ringgit kepada pengundi luar dan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Asyraf turut tidak menolak kemungkinan keuntungan yang diperoleh menerusi projek rundingan terus itu adalah sumber buat Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU untuk bermewah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sehingga mampu berbelanja jutaan ringgit bagi menyogok pengundi.

“Namun, jangan sesekali lupa akan aturan Allah SWT. Menang banyak pun belum tentu boleh menjadi kerajaan. Percayalah kepada prinsip keberkatan. Kemenangan diperoleh dengan cara salah dan tidak diredai Tuhan, belum tentu memberikan natijah kebaikan yang berkekalan. 

“Sesungguhnya kekalahan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Jangan di mulut sahaja melaung-laungkan Islam, tetapi perbuatannya kufur nikmat dan melanggar aturan Tuhan,” katanya.

Pemuda UMNO tegas beliau, turut menggesa SPRM dan Peguam Negara segera mendakwa individu disyaki terbabit rasuah dan penyelewengan berbilion-billion wang rakyat di sebalik slogan Bersih, Stabil yang dicanang-canangkan.

“Kami juga mencadangkan semua pemimpin UMNO yang dibebaskan oleh mahkamah bersepakat menyaman bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Jangan ada lagi pilih kasih, ada lagi pendakwaan politik terpilih hingga ramai yang menjadi mangsa penganiayaan, penghinaan dan dimalukan bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Tegas Asyraf, Tommy jelas membuktikan bahawa pendakwaan terpilih sememangnya wujud, malah ia turut mencakupi campur tangan politik dalam badan kehakiman negara.

“Tommy Thomas terbukti berniat jahat  dan hanya untuk memalukan serta merosakkan reputasi parti dengan pendakwaan politik terpilih,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad