web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Gulingkan Hajiji: Keadaan Di Sabah Tiada Perubahan, Tenang - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 6:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kedudukan kerajaan Sabah tidak berlaku perubahan, seperti didakwa pihak tertentu sejak semalam.

Perdana Menteri berkata, situasi kerajaan negeri berkenaan juga tenang dan tiada perkembangan berhubung perkara itu, setakat ini.

Katanya, beliau sudah menghubungi beberapa pemimpin Sabah, termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya juga sudah berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Look Siew Fook berhubung perkara itu.

“Mengenai Sabah, saya sudah hubungi semua. Hajiji, Shafie, Bung Moktar. Saya juga berbincang dengan (Ahmad) Zahid, Anthony Loke dan nampaknya, ia berada dalam keadaan tenang, sementara ini.

“Saya tidak fikir apa-apa perkembangan itu (perubahan kerajaan negeri),” katanya selepas solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, hari ini seperti dilaporkan BH.

Anwar berkata, pemimpin politik wajar berbincang secara baik sekiranya berdepan isu tertentu.

“Saya cuma dimaklumkan beberapa isu dan saya minta Ketua Menteri berbincang dengan baik bersama rakan-rakan di Sabah,” katanya.

Semalam, media melaporkan, terdapat usaha menggulingkan Ketua Menteri Sabah menerusi cubaan dinamakan ‘Langkah Kinabalu’ yang didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan daripada pemimpin WARISAN dan BN, namun dikatakan gagal.

Difahamkan petang semalam, dua sidang media berasingan, iaitu masing-masing yang ingin diadakan Mohd Shafie dan Bung Mokhtar dilapor dibatalkan tanpa perincian lanjut. - Getaran, 6 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

2

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

Ekonomi 15 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

4

Politik 16 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad