web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PSB Kemuka Petisyen Bantah Keputusan PRU-15 Bagi Parlimen Lubok Antu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:52PM

Kegagalan melakukan kiraan semula oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah terjumlah kepada ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Parlimen Lubok Antu Dr Johnichal Rayong Ngipa yang kalah tipis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan itu.

Petisyen itu difailkan oleh firma guaman yang mewakili Dr Rayong di Mahkamah Tinggi di sini petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, peguam Clement Wong berkata terdapat tiga alasan untuk mereka memfailkan petisyen tersebut antaranya wujud rasuah am dan ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang bertulis di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kegagalan untuk melakukan kiraan semula (oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya) adalah terjumlah kepada ketidakpatuhan (terhadap peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya). Kami akan memberikan (butiran mengenai) alasan lain apabila tiba masanya,” kata beliau.

Pada 23 Nov tahun lepas, Dr Rayong memaklumkan sidang media di sini bahawa permintaan beliau untuk kiraan semula telah ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya tanpa sebarang alasan yang sebaliknya mengisytiharkan Roy Angau Gingkoi daripada Gabungan Parti Sarawak sebagai pemenang dengan majoriti 100 undi.

Pada PRU15, Dr Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, berdepan pertandingan empat penjuru di Parlimen Lubok Antu dan meraih 6,544 undi berbanding 6,644 yang diperoleh Roy Angau.

Dua lagi calon yang bertanding di kawasan itu ialah Jugah Muyang daripada PN-Bersatu yang mendapat 5,360 undi dan Langga Lias (PH-PKR) dengan 746 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen Batal Kemenangan ADUN Gombak Setia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar