web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2023 Tahun Penting Kepada Parti Politik Untuk Menguji Kekuatan Ketika PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 7:08AM

Tiga gabungan terbabit, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersaing ketika pilihan raya negeri diadakan sebelum pertengahan tahun depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 menjadi tempoh penting kepada tiga gabungan utama di negara ini, kerana bakal menghadapi enam pilihan raya negeri dalam keadaan landskap politik baharu dan situasi tidak menentu, bagi menentukan masa depan parti masing-masing serta Malaysia.

Tiga gabungan terbabit, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersaing ketika pilihan raya negeri diadakan sebelum pertengahan tahun depan.

Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pimpinan Pakatan Harapan (PH), selain Kelantan, Terengganu serta Kedah yang ditadbir PAS.

Pilihan raya itu akan menjadi pemilihan penting untuk gabungan berkenaan, memandangkan lebih sebulan lalu, Malaysia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan sejarah tersendiri, apabila berlaku Parlimen tergantung dan akhirnya membawa kepada pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Malah, sesetengah ahli politik mungkin merasakan bahawa pilihan raya negeri itu nanti, mempunyai kepentingan lebih besar daripada PRU-15 kerana ia akan memberi gambaran lebih jelas mengenai kedudukan gabungan berkenaan di mata pengundi.

Bagi PH, pilihan raya negeri itu boleh membuktikan sama ada kedudukan Perdana Menteri mampu mempengaruhi sambutan terhadap parti mereka dan berfungsi sebagai ‘ujian’ bagi menunjukkan sejauh mana sokongan umum kepadanya sebagai Presiden PKR.

Manakala bagi BN, UMNO akan mengukur sejauh mana ‘kerosakannya’, berikutan keputusan bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan dan adakah akar umbi kekal teguh bersama parti itu.

Pilihan raya negeri itu juga akan menjadi petunjuk kepada PN, sejauh mana ‘gelombang hijau’ benar-benar berjaya, selepas menunjukkan prestasi mengagumkan pada PRU-15 apabila memenangi 74 kerusi.

 

Kerjasama Politik Untungkan PH-BN?

Namun, berbeza dengan PRU-15, faktor penting yang mungkin menjadi ukuran serta mempengaruhi keputusan pilihan raya negeri itu nanti, adalah kerjasama antara PH dan BN.

Sejauh mana kerjasama PH-BN akan memberi manfaat kepada kedua-dua gabungan itu? - Gambar Fail
Sejauh mana kerjasama PH-BN akan memberi manfaat kepada kedua-dua gabungan itu? - Gambar Fail

Ini terbukti apabila dua sekutu itu yang turut menandatangani perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU-15 baru-baru ini, berkerjasama ketika pilihan raya bagi kerusi Tioman dan Padang Serai, sekali gus menjadi petunjuk paling jelas ke mana hala tuju kedua-dua gabungan itu.

Di atas kertas, kerjasama itu sepatutnya memberi manfaat kepada PH dan BN, tetapi jika menjadikan kemenangan PN di Padang Serai sebagai kayu pengukur, jelas tiada yang pasti.

Sejauh mana kerjasama PH-BN akan memberi manfaat kepada kedua-dua gabungan itu, bergantung kepada bagaimana ia boleh memanfaatkan kekuatan masing-masing, kelebihan dimiliki mereka sekarang sehingga pilihan raya negeri serta prestasi kerajaan perpaduan dalam tempoh ini.

Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, parti itu perlu ‘meyakinkan rakyat bahawa anda adalah gabungan yang berbaloi dan mengharapkan kedudukan anda berada dalam situasi selesa’.

Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, pembentangan belanjawan kerajaan pada bulan depan, sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sokongan.

Beliau juga menambah, keutamaan harus diberikan PH dan BN pada masa ini adalah untuk meyakinkan pengundi atas pagar yang mungkin mengundi PN pada PRU-15.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar Fail
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar Fail

Jika semua perkara berjalan mengikut perancangan, Azizuddin meramalkan, gabungan PH-BN akan berupaya mempertahankan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, sekali gus memberi impak positif di tiga negeri pimpinan PAS, iaitu Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Kelantan memang sukar untuk ditawan, tetapi saya melihat kemungkinan Kedah dan Terengganu ‘tumbang’. PH misalnya, sudah cukup kuat di Kedah, manakala keupayaan itu juga boleh dimiliki UMNO di Terengganu, walaupun ia tidak begitu ketara ketika ini.

“Jika mereka boleh menyelesaikan sebarang isu kecil di kedua-dua negeri, maka saya fikir mereka mempunyai peluang. Walaupun mereka tidak menang, saya percaya mereka sekurang-kurangnya boleh memperoleh lebih banyak kerusi,” katanya kepada The Vibes.

Pada PRU 2018, PH membentuk kerajaan Kedah selepas memenangi 18 daripada 36 kerusi, dengan PAS dan BN, masing-masing mendapat 15 serta tiga kerusi di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, krisis politik di peringkat kerajaan Persekutuan pada awal 2020, menyaksikan kejatuhan pentadbiran Kedah pimpinan PH dan membolehkan PAS berkuasa melalui sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di bawah kerajaan PN ketika itu.

Terengganu pula menyaksikan PAS memenangi 22 kerusi, berbanding UMNO yang memiliki 10 kerusi pada 2018, walaupun negeri itu secara tradisinya menjadi kubu kuat parti berkenaan.

 

Rundingan Kerusi Menjadi Cabaran Terbesar

Menurut sumber UMNO, kini wujud persefahaman dalaman yang mendakwa PH dan BN akan bertanding pada pilihan raya negeri sebagai satu ‘pasukan’, walaupun perbincangan rasmi, termasuk rundingan kerusi, masih belum dimulakan.

Rundingan ini amat penting untuk mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan kedua-dua gabungan, memandangkan pembahagian kerusi itu berkemungkinan menyaksikan parti komponen masing-masing, mempunyai lebih sedikit kawasan untuk bertanding.

Cabaran utama bagi gabungan itu sekarang adalah memutuskan formula yang boleh memuaskan hati semua pihak.

Satu kaedah adalah dengan mengagihkan kerusi berdasarkan demografi kaum dan susunan bandar-luar bandar di kawasan pilihan raya, dengan PH bertanding di lebih banyak kerusi campuran serta bandar, manakala BN di bahagian lain.

Satu lagi formula adalah membenarkan parti yang memenangi kerusi tertentu dalam pilihan raya negeri lalu, mempertahankan kawasan ditandingi itu, walaupun ia menimbulkan masalah baharu, iaitu apakah akan berlaku kepada kerusi tidak dimenangi PH dan BN?

Bagi Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM), penyelesaiannya mudah, walaupun tewas di sesuatu kerusi, calon sama ada dari PH atau BN yang memiliki undi kedua paling banyak di kawasan itu, harus diberikan peluang untuk meletakkan calon di sana.

 Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar Fail
Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar Fail

Dengan cara ini, katanya, ia memudahkan pemilihan dilakukan, walaupun mungkin wujud rasa tidak puas hati dan suara sumbang apabila seseorang calon tidak tersenarai.

“Ia (ketidakpuasan hati) berlaku di mana-mana kerana individu tertentu percaya mereka lebih popular walaupun menduduki tempat ketiga atau lebih teruk dalam pengundian sebelum ini. Akhirnya, mereka perlu lebih rasional dan bertindak demi kebaikan parti mereka.

“Tetapi jika anda mempunyai formula yang jelas seperti ini, ia meminimumkan pertindihan calon dan isu perebutan kerusi dalam kalangan parti,” katanya.

Menerusi kaedah itu, Awang Azman berkata, orang ramai boleh menjangkakan untuk melihat lebih ramai calon PH di negeri yang kini disandang gabungan berkenaan, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala jumlah perwakilan BN lebih besar boleh diunjurkan di negeri utara serta pantai timur. – The Vibes, 1 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad