web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 12:00PM

Larry Sng - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa tatatertib Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini akan memutuskan status keahlian Datuk Zuraida Kamaruddin dan 12 yang lain selepas mereka gagal menjawab surat tunjuk sebab tepat pada masanya.

Presiden parti Larry Sng mengesahkan kepada The Vibes bahawa tiada seorang pun daripada mereka telah memberi maklum balas pada tarikh akhir yang ditetapkan semalam, sambil menambah bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pengerusi disiplin lewat hari ini.

Selain Zuraida, nama besar lain yang berdepan tindakan termasuk timbalan presiden parti itu Haniza Mohamed Talha, setiausaha agung Nor Hizwan Ahmad dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid.

Sembilan lagi ialah ahli majlis tertinggi PBM iaitu Rahimah Majid, Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Daroyah Alwi, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Mereka sebelum ini merupakan sebahagian daripada 15 ahli parti yang digantung tugas pada 29 Oktober, walaupun dua daripada mereka - Muniraa Abu Bakar dan Datuk Chua Lian Chye - telah dilantik semula pada 17 Disember selepas memfailkan rayuan.

Penggantungan mereka adalah berhubung “penglibatan mereka dalam menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya”, selepas mereka mengumumkan Zuraida sebagai presiden PBM yang baharu pada 8 Oktober, seminggu selepas parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunannya.

Lewat bulan itu, Sng mengeluarkan kenyataan mengekalkan beliau masih presiden yang sah, berdasarkan rekod Pendaftar Pertubuhan.

Selasa lalu, Sng memberitahu The Vibes bahawa Zuraida dan 12 sekutunya telah dikeluarkan surat tunjuk sebab dan diberi masa seminggu untuk menjawab, jika gagal, mereka berdepan dengan kemungkinan ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli.

Dalam catatan Facebook semalam, Ahli Parlimen Julau itu mendedahkan bahawa sebab mereka digantung adalah kerana mereka telah melanggar memorandum yang ditandatangani oleh Zuraida pada 1 November, yang mengiktiraf kesahihan jawatan presidennya.

Surat itu juga secara jelas menyatakan Zuraida tidak akan mencabar jawatan presiden Sng sehingga persidangan perwakilan tiga tahun sekali yang dijadualkan pada 2024.

Bercakap kepada The Vibes, Sng melahirkan rasa kebingungan mengapa Zuraida dan penyokongnya terus mempersoalkan jawatan presidennya walaupun menandatangani surat sokongan.

Tambahnya, sebahagian daripada 13 ahli puak Zuraida yang kini berdepan kemungkinan pemberhentian juga secara khusus menyatakan bahawa mereka tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu.

“Ya, ini termasuk Zuraida,” katanya. - The Vibes, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

3

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad