Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lantikan Politik Dalam GLC, Agensi Kerajaan Penting Tapi Perlu Bersyarat 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 7:00AM

Amalan lantikan politik dalam agensi kerajaan dan syarikat GLC yang diteruskan Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan imej kerajaan perpaduan dan perlu bersyarat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amalan lantikan politik dalam agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diteruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan imej kerajaan perpaduan dengan syarat, individu yang dilantik terdiri daripada ahli politik berkelayakan, berintegriti dan bebas rasuah.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpendapat, sinergi antara golongan profesional, pegawai kanan kerajaan dan ahli politik dapat melonjakkan prestasi sesebuah organisasi.

Dr Mazlan Ali - Gambar fail
Dr Mazlan Ali - Gambar fail

“Jadi sebenarnya lantikan politik ini tidak boleh ditolak, ia mesti ada. Kalau semua dilantik itu bukan orang politik, iaitu golongan profesional, matlamat untuk keuntungan dan kecekapan tercapai, tetapi bagi menjayakan matlamat dan wawasan kerajaan mungkin tidak dapat dicapai.

“Sebab itu Anwar kata lantikan politik ini diteruskan, tetapi dengan merit tertentu dan bidang kelayakan mereka. Walaupun mereka ahli politik, mungkin mereka ada kelayakan.

“Mungkin sebelum menjadi ahli politik, mereka pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan, pegawai institusi swasta mahupun profesional yang sebenarnya boleh membantu kerajaan,” katanya kepada Getaran.  

Menurut beliau, ramai pihak keliru tentang amalan pelantikan politik dalam GLC dan agensi kerajaan.

Jelas beliau, usaha menghentikan lantikan politik seperti disebut oleh Pakatan Harapan (PH) ketika berkempen, sebenarnya merujuk kepada jawatan sebagai imbuhan.

“Misalnya, jika kerajaan berdiri atas sokongan beberapa Ahli Parlimen yang lompat parti dan mereka diberi ganjaran dengan imbuhan jawatan sebagai Pengerusi dalam GLC atau agensi kerajaan.

“Ini sebenarnya tidak baik. Jawatan itu sebagai satu imbuhan. Tetapi kita kena faham, dalam GLC atau agensi kerajaan perlu ada lantikan politik. Tidak boleh tidak (diteruskan),” katanya.

Beliau menegaskan, lantikan politik juga satu amalan yang mesti dilaksanakan kerana ahli politik yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah atau pengerusi dalam GLC mempunyai tugas untuk mengawal organisasi agar selaras dengan hasrat dan juga wawasan kerajaan.

Tambahnya, ahli politik terbabit berperanan sebagai mata serta telinga bagi kerajaan.

“Lazimnya mereka yang dilantik dalam kalangan ahli lembaga atau pengerusi ini terdiri daripada golongan profesional dan pakar dalam bidang yang boleh memberi pandangan mereka," katanya.

Jelasnya, sinergi antara tiga elemen iaitu pegawai kanan kerajaan, golongan profesional dan ahli politik dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam agensi kerajaan dan GLC amat penting.

“Tidak semua ahli politik korup, ada ahli politik baik dan bagus integritinya. Kombinasi profesional, pegawai kanan kerajaan dan juga ahli politik mesti digabung jalin bagi mengisi jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, lantikan politik diperlukan untuk meneruskan dasar kerajaan namun ia terpalit dengan stigma negatif kerana amalan kerajaan terdahulu.

Justeru, beliau berpandangan, lantikan politik oleh kerajaan harus melalui satu jawatankuasa khas bagi menilai pengalaman dan kesesuaian lantikan tersebut.

Tambahnya, langkah itu wajar dilakukan terutama apabila melibatkan lantikan jawatan sensitif.

“(Langkah ini) Untuk agensi penting, bagi lantikan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) umpamanya, (pelantikan) pesuruhjaya harus dibuat lebih teliti.

“Proses itu juga boleh dilakukan melalui Dewan Rakyat atau sekurang-kurangnya jawatankuasa pilihan khas Parlimen dalam menentukan kesesuaian lantikan tersebut,” katanya.

Azmi berkata, kaedah terbaik dalam lantikan politik adalah seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS).

“Di AS, setiap kali apabila berlaku pemilihan Presiden, surat peletakan jawatan lantikan politik dibuat secara automatik, supaya apabila ada Presiden baharu (dilantik), tidak timbul isu pemecatan atau lantikan baharu.

“Jadi ini penting, iaitu meneruskan dasar kerajaan kerana selain daripada Menteri Kabinet, pelaksana sebahagiannya adalah agensi atau GLC, jadi sudah pasti kerajaan mahu melantik mereka yang selari dengan dasar kerajaan.

“Sebab itu lantikan ini diperlukan dan ia seharusnya dilakukan secepat mungkin. Cuma lantikan perlu dilakukan dengan kaedah lebih telus dan lebih bermakna,” katanya.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan bahawa beberapa pelantikan politik akan dibuat dalam GLC, sekali gus menolak cadangan bahawa beliau secara terang-terangan menentang idea berkenaan.

Bercakap di sebuah sidang media, beliau berkata, ada kekeliruan yang timbul tentang pendiriannya berhubung hal itu dan menjelaskan bahawa pelantikan sebaliknya akan dibuat berdasarkan kelayakan seseorang itu dalam bidang berkaitan.

“Saya tidak pernah kata individu yang terlibat dalam politik tidak boleh menyertai pihak pengurusan GLC. Tetapi mereka patut terikat dengan syarat khas dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya dalam bidang yang relevan. 

“Ada kemungkinan beberapa ahli politik atau Ahli Parlimen akan dihantar (ke GLC), tetapi kami akan sediakan garis panduan mengenai tahap keupayaan profesional seseorang individu, prestasi lampaunya dan pematuhan peraturan tadbir urus,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 3 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

4

Ekonomi 4 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 5 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan