web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Hanya Terima Gaji Simbolik RM1 Setahun, Dakwaan Muhyiddin Fitnah Berulang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 11:47AM

Juwairiya menafikan dakwaan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri menerima RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi negeri itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerima RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi negeri itu.

Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah sekadar pengulangan fitnah yang sudah dinafikan sebelum ini termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Jelasnya, semasa tempoh Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun.

“Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan. Beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 tersebut.

“Perkara ini jelas tertera dalam Hansard Dewan Negeri Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Juwairiya membuat kenyataan itu susulan dakwaan Muhyiddin bahawa Anwar menerima RM15 juta ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dalam kempen ceramah di Parlimen Padang Serai, baru-baru ini.

Juwairiya berkata, tindakan Muhyiddin mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakan dan kemuflisan modal politik PN dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk kerajaan Persekutuan.

Juwairiya Zulkifli - Gambar fail
Juwairiya Zulkifli - Gambar fail

Tegasnya, tindakan menabur fitnah serta dakwaan palsu bagi mengaburi fikiran rakyat amat tidak bertanggungjawab dan jelas terkeluar dari nadi politik Melayu-Islam yang selalu mereka dendangkan.

“Saya yakin pengundi Padang Serai wajar menolak PN dalam pilihan raya hari ini kerana masih mahu menagih undi dengan fitnah dan rekaan.

“Saya percaya Perdana Menteri wajar mengambil tindakan selanjutnya bagi menghalang pengulangan fitnah ini terus dijaja oleh mereka yang bankrap akhlak dan etika dalam berpolitik,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad