web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tinjauan: Pengundi Mahu BN Bekerjasama Dengan PH Atau PN Selepas PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 8:59AM

Tinjauan ke atas pengundi PRU-15 mendapati mereka lebih suka melihat BN membentuk kerajaan sama ada dengan PN atau PH sekiranya Parlimen tergantung. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menerusi satu tinjauan mendapati mereka lebih suka melihat Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan sama ada dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) sekiranya Parlimen tergantung.

Menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC,  gabungan pasca pilihan raya antara PH dan PN adalah paling tidak digemari pengundi, berdasarkan tinjauan yang dijalankan antara 7 dan 15 November lalu membabitkan seramai  1,068 pengundi dari semua kawasan Parlimen di Semenanjung.

“Sebanyak 28 peratus pengundi yang menjawab (kaji selidik November) menyatakan keutamaan mereka terhadap sebarang potensi kerjasama pasca PRU-15 haruslah antara PN dan BN, dengan gabungan PH dan BN mengekori rapat kira-kira 26 peratus,” katanya dalam analisis keputusan PRU-15 yang dikeluarkan semalam.

Bilangan pengundi yang jauh lebih kecil sanggup memberikan sokongan mereka terhadap gabungan PH-PN, dengan hanya 19 peratus berpendapat kedua-dua gabungan itu harus bekerjasama sekiranya berlaku situasi Parlimen tergantung.

Ia juga mengatakan bahawa kempen taktikal PRU-15 PN adalah "salah satu kaedah paling berkesan dalam sejarah politik Malaysia baru-baru ini", dengan tinjauannya berjaya meramal kemenangan diperoleh gabungan itu.

PN berjaya memperoleh kejayaan terbesar dari segi sokongan pengundi berdaftar, mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 11 peratus, dengan baki kira-kira lima hari berkempen.

“Dengan hanya kurang seminggu tempoh berkempen, PN jelas mempunyai momentum berbanding dua gabungan utama lain (PH dan BN),” katanya.

“Ekstrapolasi kejayaan yang dibuat dalam tempoh 25 hari antara di akhir tinjauan pada 20 Oktober dan tinjauan lima hari sebelum hari pengundian (pada 19 November) menunjukkan bahawa PN akan memperoleh 32.2 peratus daripada bahagian undi popular .

“Ini adalah dalam margin kesilapan daripada bahagian undi popular sebenar 34.9 peratus yang diperoleh oleh calon PN dan (rakan gabungan) PAS pada PRU-15 di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, selepas hampir seminggu kemelut politik dalam negara apabila tiada mana-mana parti politik berjaya meraih majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan perpaduan diterajui Anwar kini terdiri daripada gabungan PH yang memperoleh 82 kerusi Parlimen, BN pula 30 kerusi manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS), 23 kerusi.

Enam Ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tiga (WARISAN) serta masing-masing satu daripada Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) juga sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Pusat penyelidikan itu sebelum ini meramalkan PRU-15 akan menyaksikan situasi Parlimen tergantung, tanpa ada mana-mana parti politik mampu memperoleh sejumlah 112 kerusi bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

Ia juga meramalkan BN, PN, dan GPS boleh bekerjasama antara satu sama lain, kerana ketiga-tiga parti itu mungkin akan mendapat lebih daripada 112 kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

“Secara kebetulan, senario yang diramalkan ini adalah apa yang didakwa oleh kepimpinan PN pada 21 November lalu,” katanya.

Pusat itu berkemungkinan merujuk kepada dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungannya memperoleh jumlah mencukupi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, termasuk surat dengan arahan daripada Yang di-Pertuan Agong, selepas gabungan itu memenangi 73 kerusi Parlimen.

Selain itu, tinjauan tersebut meramalkan dengan tepat bahawa PH akan memenangi kerusi Parlimen terbesar di Semenanjung Malaysia dan memperoleh bahagian undi popular terbesar, berdasarkan tinjauan yang dijalankan antara 8 dan 20 Oktober lalu. – The Vibes, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad