web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelulusan Projek Tebatan Banjir Bernilai RM7 Bilion Melalui Rundingan Terus Diteliti Semula - PM Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 11:05AM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jumlah ini bukan kecil...atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir tetapi ada masalah apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.

“Ini amat dikesalkan dan saya berterima kasih kerana pegawai kanan Kementerian (Kewangan) bersama dan tidak selari dengan maksud ini, tetapi pada ketika itu (hanya) mengikut arahan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan (MOF) di sini.

Sementara itu, Anwar berkata beliau telah mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan MOF berhubung beberapa isu yang menjadi keutamaan menjelang persidangan Parlimen yang dijadualkan pada 19 dan 20 Dis. 

“Ada usul mengenai peruntukan gaji dan beberapa peruntukan kelulusan kewangan yang mendesak. Jika tidak, gaji tidak boleh dibayar pada Januari.

“Belanjawan akan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun depan selepas Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) merasmikan sidang Parlimen,” katanya. 

Anwar berkata kerajaan perpaduan akan memberi tumpuan kepada menyediakan iklim yang segar dan positif untuk menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. 

Ditanya mengenai barisan penasihat ekonomi yang akan dilantik oleh beliau untuk menganggotai pasukan yang diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Anwar menegaskan perkara itu masih dalam perbincangan.

“Saya perlu berbincang dengan Mohd Hassan, dari segi parameter dan keutamaan serta sudah tentu akan berunding dengan pegawai kanan yang berkaitan di MOF dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan