web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Provokasi, Kegusaran Rakyat, ‘Mari Bermuafakat’ - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:35AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak menghentikan provokasi dan tindakan yang boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan menangani cabaran perlu ditempuhi demi kepentingan Malaysia.

Malah, Ahmad Zahid meminta mana-mana pihak tidak mengganggu ketenteraman dan perpaduan masyarakat, selain usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara selepas ini.

“Kita hentikan ketidakstabilan politik yang sudah banyak merosakkan serta merencatkan kemakmuran Malaysia.

“Mari kita bersama sebagai rakyat Malaysia bermuafakat demi masa depan negara yang lebih baik buat semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

Pada hantaran sama, Ahmad Zahid memaklumkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, adalah tanggungjawab sangat berat dalam suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.

“Amanah ini bukanlah ghanimah (harta rampasan perang), namun satu taklif, iaitu tanggungjawab yang sangat berat dalam suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan,” katanya.

Beliau turut berharap anggota Kabinet yang dilantik di bawah kepimpinan Anwar mampu memberikan kejayaan luar biasa kepada Malaysia.

“Saya dengan rendah hati bersyukur kepada Allah di atas pengumuman Perdana Menteri. Terima kasih di atas kepercayaan Perdana Menteri kepada saya dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) untuk berada dalam Kabinet.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih dan semoga gandingan semua pihak ini akan menghasilkan kejayaan luar biasa kepada negara,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad