web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Diumum Petang Ini - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 2:32PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Barisan kabinet baharu akan diumum lewat petang ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkannya ketika berucap di Masjid Muhammad Al Fateh di Tambun, Perak, lawatan pertama ke Parlimen yang dimenanginya selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri minggu lepas.

Pengumuman itu akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana, Putrajaya, dan media diminta untuk mendaftar kehadiran mereka sebelum menghadiri sidang akhbar tersebut. 

Sementara itu, Anwar berkata barisan kabinet baharu akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat khas pada Isnin ini, lapor Bernama.

Anwar menjelaskan dalam mesyuarat itu, beliau akan menetapkan beberapa kod etika dan tatasusila untuk anggota Kabinet.

“Pada Isnin ini, saya sendiri akan memanggil mesyuarat dan menetapkan beberapa peraturan untuk Kabinet.

“Peraturan mengenai kelakuan mereka, mengenai tadbir urus kementerian masing-masing, bagaimana untuk melibatkan diri dengan penjawat awam, cara mereka mengumumkan dasar awam, dan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran dana awam,” katanya.

Semasa ucapannya, Anwar berkali-kali menegaskan bahawa Kabinetnya akan menumpukan usaha menggiatkan semula ekonomi dan menangani ketidaksamaan ekonomi secara menyeluruh.

Selain itu, Anwar berkata, mereka juga akan menumpukan agenda untuk meningkatkan kualiti pendidikan, mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, dan mengurangkan kos sara hidup.

Katanya, walaupun pentadbirannya mempunyai ratusan calon berkaliber tinggi untuk mengisi peranan menteri, beliau menegaskan saiz Kabinetnya akan dikecilkan bagi membolehkan tadbir urus yang lebih baik dan mengelakkan pembaziran dana awam. - The Vibes, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad