web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Pulang Ke Tambun Selepas Dilantik PM Ke-10

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 7:02PM

Anwar Ibrahim dijadual pulang ke Tambun esok, di kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke Tambun esok, di kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar, 75, dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 10 pagi dalam sesi yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian akan menyertai sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada para pengundi dan penyokongnya.

Perdana menteri juga akan melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi yang dalam proses untuk dibangunkan di Jalan Masjid, Kampung Masjid. 

Beliau kemudiannya bakal menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar raya sebelum menyertai kenduri rakyat yang diadakan di situ dan selepas itu pulang ke Putrajaya.

Anwar menawan kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15 dengan memperoleh majoriti 3,736 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau memperoleh 49,625 undi untuk mengatasi penyandang kerusi, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 45,889 undi, Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional) 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir daripada Gerakan Tanah Air (1,115 undi).

Anwar mengetuai PH yang menyaksikan gabungan parti PKR, DAP, Amanah, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan rakan sekutu MUDA memperoleh 82 kerusi pada PRU-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad