web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Undi Percaya Keabsahan Anwar Dibentang 19 Disember Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 2:44PM

Pembentangan usul undi percaya terhadap Anwar Ibrahim menjadi urusan mesyuarat kelapan bagi sesi Parlimen ke-15 yang bermula 19 Disember ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentangan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi urusan mesyuarat kelapan bagi sesi Parlimen ke-15 yang bermula 19 Disember ini.

Dalam notis mesyuarat persidangan akan datang yang dihantar kepada Ahli Parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, perintah pertama Dewan Rakyat adalah untuk memilih Yang di-Pertuanya.

Sesi itu kemudiannya akan diteruskan dengan mengangkat sumpah Ahli Parlimen yang dipilih dan pengundian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru, dengan usul undi percaya terhadap Anwar dijadualkan sebagai perkara kelapan dalam urusan mesyuarat berkenaan.

Perkara terakhir dalam urusan mesyuarat tersebut ialah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain.

Semasa sidang akhbar sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik.

Menurut beliau, kerajaan perpaduan yang diterajuinya mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi mengabsahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, Anwar sewajarnya membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoriti Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Muhyiddin turut mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berbentuk SD, sekali gus memiliki 115 sokongan.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi Surat Akuan Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

“Jumlah itu melebihi majoriti mudah 112 Ahli Parlimen untuk membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu. - 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad