Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tuduhan DAP Promosi Islamofobia, Hadi Digesa Lapor Polis Jika Terbukti Benar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 2:36PM

Fahmi Fadzil turut mendesak Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menghentikan penyebaran kebencian dan kepalsuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa membuat laporan polis jika dakwaan beliau bahawa DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam di negara ini terbukti benar.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didesak menghentikan penyebaran kebencian dan kepalsuan.

"Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

“(Pada) Masa yang sama, ingat-ingatlah titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka," katanya di Twitter.

Abdul Hadi hari ini mendakwa parti itu terus menjadi sasaran DAP selepas mereka menunjukkan prestasi terbaik dengan memenangi kerusi Parlimen terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam penulisan Minda Presiden PAS bertajuk ‘DAP Mempromosikan Islamofobia’ di Facebook, Abdul Hadi berkata, DAP menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus apabila melakukan fitnah terhadap Islam dengan membaling batu di tengah khalayak pada waktu siang, terutama terhadap PAS.

“PAS menjadi sasaran apabila melihat kemaraannya dalam PRU-15 sehingga berjaya mencapai jumlah kerusi tertinggi dalam kalangan semua parti secara berasingan termasuk DAP dan semua parti yang menjadi alat DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

“Mereka menjumlahkannya sekali untuk menampakkan mereka banyak, walaupun DAP menjadi kepala yang terlalu besar daripada jasadnya,” katanya.

Malah semalam, Ahli Parlimen Marang itu turut memuat naik kenyataan mempertikai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, yang heboh diperkatakan di media sosial.

Ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Abdul Hadi mendakwa, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan PH mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Dalam kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan. - Getaran, 28 November 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 10 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa 16 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan