web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Terus Jadi Sasaran DAP Kerana Prestasi Terbaik PRU-15 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 11:15AM

Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu terus menjadi sasaran DAP selepas mereka menunjukkan prestasi terbaik dengan memenangi kerusi Parlimen terbanyak pada PRU-15

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu terus menjadi sasaran DAP selepas mereka menunjukkan prestasi terbaik dengan memenangi kerusi Parlimen terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam penulisan Minda Presiden PAS bertajuk ‘DAP Mempromosikan Islamofobia’ di Facebook, Abdul Hadi berkata, DAP menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus apabila melakukan fitnah terhadap Islam dengan membaling batu di tengah khalayak pada waktu siang, terutama terhadap PAS.

“PAS menjadi sasaran apabila melihat kemaraannya dalam PRU-15 sehingga berjaya mencapai jumlah kerusi tertinggi dalam kalangan semua parti secara berasingan termasuk DAP dan semua parti yang menjadi alat DAP dalam Pakatan Harapan (PH). 

“Mereka menjumlahkannya sekali untuk menampakkan mereka banyak, walaupun DAP menjadi kepala yang terlalu besar daripada jasadnya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pandangan orientalis dan media Barat yang bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat diimport ke Malaysia oleh DAP, sehingga dilaporkan maklumat yang salah terhadap PAS. 

“Tindakan ini secara halus boleh mengelirukan mereka yang tidak mengkaji Islam daripada sumber asalnya dan sejarah pelaksanaannya yang diterima tanpa sebarang paksaan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, DAP tidak mengambil iktibar walaupun beberapa ketika dahulu pernah berdialog dengan PAS secara langsung bagi menjelaskan banyak kekeliruan terhadap hukum Islam yang menjadi modal mereka.

Bagaimanapun dakwa beliau, jawapan yang diterima daripada parti itu adalah semata-mata demi kepentingan politik sempit dan masih menjadi pegangan DAP.

”PAS dilabelkan laksana Taliban yang berperang dengan Amerika di Afghanistan, walhal Amerika telah menceroboh negara itu dengan ganas dan bertindak melampau melalui media Barat terhadap Taliban yang dizalimi, namun keadaan yang sebenar ditutup oleh DAP.

“Hukum Islam hudud dan qisas terus menjadi modal mereka dengan penjelasan yang salah dan menyesatkan, semata-mata bagi memberikan suatu gambaran buruk terhadap Islam dan wajah PAS,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendakwa, mana-mana pihak yang bercakap soal Melayu Islam terus dilabelkan sebagai rasis manakala kumpulan Melayu ‘bodoh’ dan liberal yang ditolak Islam menjadi jurucakap pihak mereka.

“Strategi ini digerakkan secara wayang kulit dengan DAP menjadi dalang di belakangnya. Hak beragama bukan Islam yang ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak mencukupi dan zalim, laksana diberikan betis mahukan paha. 

“Malah, hak berbahasa dan berbudaya yang diizinkan dalam Perlembagaan dianggapnya tidak memadai. DAP terus bersikap melampau terhadap budaya umat Islam yang mahu dirosakkannya secara halus dan terancang,” katanya.

Tegas beliau lagi, DAP tetap memejamkan mata walaupun PAS mengamalkan konsep demokrasi dan pelaksanaan Islamnya mengikut prinsip dan konsep yang betul. 

“Walaupun PAS sudah mengikut proses berdasarkan bidang kuasa federalisme, namun terpaksa bersabar dalam keadaan kerajaan pusat tidak menghormatinya terhadap kerajaan negeri PAS. 

“Keadaan ini tidak berlaku seperti layanan terhadap Singapura yang diperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), bapa kandung kepada DAP, ketika mereka masih berada dalam Malaysia,” katanya. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi