web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 4:49PM

Ahmad Zahid berkata, ia berdasarkan prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghormati pelantikan Perdana Menteri Ke-10. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada sidang Dewan Rakyat, 19 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi berkata, ia berdasarkan prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghormati pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Menurutnya, langkah itu juga adalah agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan ‘senyap’.

“Walaupun ada pihak mengatakan ia langkah berisiko Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi perlu dilalui.

“Dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menambah, BN menjunjung titah Seri Paduka Baginda dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu serta parti.

“BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan kepada masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama,” katanya.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Al-Sultan Abdullah pada Khamis lalu.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menerusi sidang media sulungnya baru-baru ini memberitahu, bahawa sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember, bagi membentangkan beberapa perkara, antaranya usul percaya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, agenda lain adalah majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen.

Jelasnya, usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Anwar membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Muhyiddin berkata, pembuktian itu demi meyakinkan rakyat akan keabsahan Anwar selaku orang nombor satu kerajaan. - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan