web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Digelar Pengkhianat Hanya Kerana Berjumpa Rakan Daripada PAS - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 5:44PM

Gambar-gambar yang menunjukkan pemimpin BN dan PAS yang didakwa mengadakan pertemuan di Tropicana Golf and Country Resort di Petaling Jaya, hari ini. - Gambar dari twitter @apanakdikato

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat pertemuan tertutup membabitkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS di Tropicana Golf and Country Resort di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Katanya, perkara itu disalah anggap dan diperbesarkan, sehingga beliau dilabel sebagai ‘pengkhianat’ hanya kerana bertemu rakan daripada PAS, manakala mereka yang berjumpa pemimpin Pakatan Harapan (PH) pula, dilabel sebagai ‘wira’.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail
Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

“Ini tidak betul. Sejak bila ada mesyuarat melibatkan 10 pemimpin? Ini semua khabar angin jahat untuk memburukkan nama saya.

“Hari ini, kita tak boleh jumpa kawan kita pun. Kalau jumpa sesiapa dari PAS kita dianggap pengkhianat, jumpa orang PH dan anda jadi hero, penyelamat parti. Semua orang sudah ‘gila’,” katanya kepada Malaysiakini.

Khabar angin mengenai dakwaan pertemuan di Tropicana Golf and Country Resort yang dilabelkan sebagai ‘Langkah Tropicana’ tular di media sosial bersama beberapa gambar dikatakan diambil semasa pertemuan itu.

Sepuluh pemimpin BN dan PAS dilihat menghadiri mesyuarat tersebut.

Selain Ismail Sabri, pemimpin dilihat hadir adalah Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan mantan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Ismail Sabri berkata, beliau ke situ hanya untuk menghadiri majlis perpisahan bekas kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

“Sebaliknya, ada dakwaan bahawa saya bersama Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ada juga kenyataan fitnah terhadap pemimpin UMNO lain, seperti Khairy Jamaluddin yang didakwa merancang untuk melawan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Hari ini, hanya kerana kita menyokong orang lain untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, pemimpin UMNO mula mengkritik antara satu sama lain dan menyebabkan perpecahan dalam parti,” katanya.

Spekulasi bertiup kencang kononnya BN kini berpecah kepada dua kem, iaitu satu menyokong Kerajaan Perpaduan bersama PH dan satu lagi tidak.

Terdahulu, ada gesaan dari dalam UMNO supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti, selepas beliau menghantar surat ke Istana Negara menyatakan sokongannya kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ka Siong turut menafikan terdapat sebarang pertemuan di situ.

Beliau menjelaskan kehadirannya ke kelab itu adalah untuk makan bersama beberapa rakannya.

“Ini mengarut. Saya hanya pergi makan tengah hari...Dim sum bersama dua rakan saya di restoran pada pukul 10 pagi,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya bertemu dengan pemimpin lain di situ, Ka Siong berkata, beliau terserempak dengan Ismail Sabri yang sedang bersarapan seorang diri.

Katanya, beliau bercakap secara ringkas dengan Ismail Sabri dan beredar kerana tidak mahu mengganggu mantan Perdana Menteri itu.

“Saya tak nampak orang lain. Macam mana saya nak tahu ada mesyuarat?

“Anda boleh semak dengan pihak pengurusan kelab...semak kamera litar tertutup (CCTV). Tolong lah...Ini privasi. Bagaimana seseorang boleh membuat dakwaan seperti  itu?” soalnya.

Ka Siong juga melabelkan individu yang merakam gambar itu sebagai paparazzi dan meminta tindakan terbabit dihentikan.

“Saya tidak terlibat dalam mana-mana mesyuarat. Saya hanya pergi untuk menikmati makan tengah hari,” tegasnya.

Annuar juga menafikan ada pertemuan seperti didakwa.

“Mungkin mereka pergi bermain golf,” katanya ringkas. – The Vibes, 26 November 2022

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad