web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Tolak Sertai Kerajaan, Mahu Jadi Pembangkang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 2:17PM

PAS memutuskan tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan DAP. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendirian itu diambil selepas membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan meneliti pendapat umum.

“PAS berpendirian tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“(Ia) demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat, khususnya pengundi yang memilih PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Takiyuddin berkata, PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Beliau menegaskan, sebagai pembangkang, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu akan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar.

Jelasnya, ia bagi memastikan tadbir urus negara dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

Semalam, Getaran melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, gabungan itu yang turut disertai PAS kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Beliau berkata, PN menolak tawaran terbabit atas semangat untuk menyuburkan demokrasi serta melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan di Parlimen.

Namun, Muhyiddin berterima kasih kepada Anwar atas tawaran tersebut.

“PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen, selain memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti serta bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia merintis bentuk kerjasama lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya. – Getaran, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam