web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warkah Sebak Muhyiddin, ‘Saya Insan Biasa, Punya Rasa Kecewa Tapi Redha’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 9:48AM

Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Genap seminggu selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddn Yassin mencoret luahan hati di Facebook mengenai kekalahan gabungan itu, meskipun memberi saingan sengit.

Menerusi perkongsiannya yang dimuat naik di Facebook, beliau mengakui sebak mengenangkan sokongan rakyat di atas jalan perjuangan berkenaan.

“Saya juga insan biasa, yang punya rasa sedih dan kecewa. Insan kerdil yang juga punya air mata.

“Di saat memeluk isteri saya ini, saya bukan sahaja merasa tenangnya hati, lapangnya dada, redha takdir Illahi,” katanya.

Muhyiddin berkata, masih terngiang-ngiang laungan sokongan daripada penyokong gabungan itu ketika berkempen, selain membaca komen sokongan mereka di media sosial.

Bagaimanapun, beliau menginsafi bahawa perjuangan itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan bersama rakyat Malaysia.

Katanya, perjuangan gabungan itu adalah murni yang didasari tekad menyelamatkan negara serta demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, meskipun sukar, perjuangan gabungan itu tidak akan terhenti.

Malah, katanya, ‘obor’ perjuangan terbabit tetap akan terus menyala dan pastinya meraih kejayaan suatu hari nanti.

“Usah kita bersedih hati. Sudah tentu jalan ini jalan yang sukar. Jalan ini jalan yang panjang. Kita tidak akan berhenti dari terus berjalan dek kerana ujian yang melanda.

“Ingat lah bahawa obor perjuangan tetap terus menyala. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Jika kita sabar, dan berpegang teguh kepada amanah bangsa dan ikhlas dalam berjuang, insya-Allah akan sentiasa ada sinar di hujung jalan,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu, turut meminta penyokong gabungan berkenaan bersama-sama bangkit meneruskan perjuangan melalui usaha gigih.

“Pujuklah hati, bahawa esok hari masih ada. Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada, dalam apa jua kapasiti kita sekalipun. Ingatlah, Malaysia itu milik kita semua bersama.

“Saya tahu. Saya bukan sendiri. Bersama dengan saya adanya saudara saudari yang kekal berdiri. Memapah saya agar terus berjalan dan berlari di landasan perjuangan ini.

“Moga saudara saudari, sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan semoga perjuangan kita semua diredhai Yang Maha Esa. Terima kasih semua rakyat Malaysia,” katanya.

Keputusan PRU-15 menyaksikan tiada mana-mana gabungan atau parti memiliki majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

PN memperoleh 73 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 82, Barisan Nasional (30) dan Gabungan Parti Sarawak (23).

Susulan situasi Parlimen tergantung itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya PN dan PH bergabung untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, namun ditolak Muhyiddin.

Akhirnya, PH membentuk kerajaan selepas BN dan GPS menyatakan sokongan kepada gabungan itu, seterusnya menyaksikan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan sebagai Perdana Menteri Ke-10. – Getaran, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 minit yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad