web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DAP Disaran Minta Maaf Kepada Umat Islam, Orang Melayu, ‘Jika Enggan…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 2:06PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu diharap dapat meredakan perasan masyarakat majoriti di negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan juga orang Melayu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – DAP sebagai sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan disarankan untuk memohon maaf kepada umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini, sebagaimana dilakukan mereka terhadap pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan rakyat Sarawak, semalam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu diharap dapat meredakan perasan masyarakat majoriti di negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan juga orang Melayu.

“Jika mereka enggan berbuat demikian, pemimpin parti itu dilihat sama sahaja dengan identiti DAP yang mengundang keresahan dan ditolak umat Islam sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak pada pertemuan dengan Tan Sri Abang Johari Abang Openg, di Kuching, Sarawak. Pagi semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng turut mengambil langkah sama.

Guan Eng dalam hantaran di Facebooknya semalam, mengambil tindakan sama dengan memohon maaf kepada Premier Sarawak dan kerajaan Sarawak atas tegurannya yang mungkin menyinggung perasaan.

"Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak. Masa depan negara mendahului segala-galanya.

"Marilah kita membuat permulaan baharu untuk bekerjasama untuk memelihara kepelbagaian, keterangkuman dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya,” katanya.

Mantan Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata, permulaan baharu itu juga untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan demi manfaat semua di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Mohd Asri turut berpendapat parti Islam perlu menyertai Kerajaan Perpaduan jika mereka bimbang dominasi dalam kerajaan, pihak yang mungkin membawa perkara bercanggah dengan identiti negara atau merosakkan integriti pentadbiran.

“Dengan sokongan yang kuat, kerajaan baharu tidak bimbang ugutan golongan tertentu untuk keluar kerajaan jika tuntutan mereka tidak diperolehi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau turut mendoakan semoga Allah membimbing pentadbiran Ahli Parlimen Tambun itu kepada kebaikan dan dilindungi dari keburukan dan kemurkaan-Nya.

“Ramai telah diberikan peluang untuk jawatan tersebut, beliau belum lagi. Diharapkan ada kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat negara ini.

“Semoga 'Anwar Ibrahim' yang dahulu dikenali lahir dari lubuk gerakan Islam itu kembali menjelma dengan semangat yang Islamik dan negarawan yang baik,” katanya.

Justeru beliau menggesa parti lain dan semua pihak memberikan ruang kepada Anwar untuk melaksanakan pemerintahan beliau demi keharmonian negara.

“Kerisauan dominasi pihak tertentu terhadap beliau harap dapat dipudarkan dengan pembuktian beliau dalam tindakan.

“Selagi tiada zahir kemungkaran atau mafsadah ke atas rakyat, tiada alasan untuk sesiapa membantah atau mengganggu pemerintahan,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Sambutlah Trump Dengan Sederhana, Kenapa Perlu Berlebihan?’ - Dr MAZA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam