web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Dicabar Dedah Nama 42 Ahli Parlimen Sokong Beliau Jadi PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 11:56AM

Muhyiddin Yassin telah dicabar oleh Shahrir Samad untuk mendedahkan nama 42 Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar untuk mendedahkan nama 42 Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. 

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) haruslah proaktif dan jangan sekadar ‘acah-acah’ sahaja beliau mempunyai nama tanpa bukti. 

"Kalau (Muhyiddin) tak puas hati, jangan minta (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim tunjuk bukti sokongan. 

"Tan Sri kena pro-aktif! Nyatakan sahajalah nama 42 Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri sebagai Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Jelas beliau, terdapat keperluan Muhyiddin menjelaskan perkara itu memandangkan rakyat juga ingin mengetahui nama semua Ahli Parlimen terlibat.

"Jangan simpan lagi! Dedahkan! Rakyat pun nak tahu macam mana 42 Ahli Parlimen boleh berpaling. Belum angkat sumpah, dah berpusing.

"Jangan acah-acah je. Dedahkan. Tekan butang tu," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mencabar Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi mengabsahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, Anwar sewajarnya membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui proses ditetapkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoriti Ahli Dewan Rakyat. 

Ahli Parlimen Pagoh itu turut mendedahkan beliau mendapat sokongan daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berbentuk SD, sekali gus memiliki 115 sokongan, membuktikannya mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor menyifatkan tindakan Muhyiddin menyanggah cadangan Yang di-Pertuan Agong agar menubuhkan Kerajaan Perpaduan sebagai angkuh dan sombong.

Menurut beliau, tindakan itu adalah satu lagi siri penderhakaan kepada istana tanpa langsung memikirkan kepentingan negara.

“Meneliti sidang media Muhyiddin kelmarin, memberi gambaran sebenar kepada rakyat bahawa calon Perdana Menteri daripada PN ini seorang yang angkuh dan sombong.

“Terang-terangan beliau menyanggah permintaan Agong untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan setelah tiada satu parti pun mendapat majoriti mudah 112 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya. 

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, komposisi kaum dan agama Ahli Parlimen yang diwakili PN langsung tidak mencerminkan citrawarna negara apabila hampir 99 peratus adalah Melayu Islam.

Justeru katanya, Yang di-Pertuan Agong menyarankan agar ditubuhkan Kerajaan Perpaduan supaya suara rakyat daripada bangsa dan agama lain dapat digemakan di Dewan Rakyat.

"UMNO sendiri tidak akan lupa dengan sifat dan sikap Muhyiddin yang berdendam serta mencari peluang untuk menghancurkan parti itu dengan kaedah pecah dan perintah.

“Kita masih ingat beliau awal-awal lagi beliau membuat tindakan tidak bermoral untuk menjadi Perdana Menteri dengan ‘mencuri’ Ahli Parlimen BN dari pintu belakang tanpa ada rundingan rasmi dengan Pengerusi BN,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan Muhyiddin yang mendalangi Langkah Sheraton sehingga kejatuhan kerajaan PH masih lagi segar di ingatan.

“Tindakan itu menjadi permulaan episod negara Malaysia tidak stabil dan mengalami kemerosotan ekonomi akibat ketidakyakinan pelabur kepada kita berikutan pelaksanaan darurat bermotifkan politik," katanya. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad