web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar: Agong Zahirkan Hasrat Bentuk Kerajaan Kukuh, Inklusif

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:14PM

Anwar berseloroh ketika ditanya adakah beliau Perdana Menteri ke-10. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan yang kukuh dan inklusif.

“Kami dititah menghadap oleh baginda dan saya menzahirkan penghargaan atas peluang diberikan,” kata Anwar kepada pemberita di luar Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda memulakan titah dengan menzahirkan keinginan baginda untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan inklusif, bagi membolehkan kerajaan itu memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan masalah rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Saya melahirkan penghargaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya beritahu kami akan lakukan yang terbaik dan menuruti nasihat itu dan menanti keputusan akhir … yang sudah tentu mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Anwar turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas peluang diberikan kepada beliau.

Mengikut Perlembagaan, pemimpin dengan jumlah kerusi terbanyak di Parlimen akan diberi peluang membentuk kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PH memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu 82, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipanggil ke Istana Negara tetapi menghadap Agong secara berasingan.

Ditanya apakah beliau ialah Perdana Menteri ke-10, ketua PH itu secara berseloroh berkata, jawatan berkenaan masih terdapat kekosongan dan permohonan sedang dibuka.

Dalam pada itu, beliau turut percaya PH mampu meraih majoriti mudah walaupun ketika ini tidak timbul persoalan mengenai pembentukan kerajaan minoriti.

Sementara itu Muhyiddin yang juga individu pertama menghadap Agong meninggalkan istana jauh lebih awal.

Ahli Parlimen Pagoh itu tidak bertemu media dan terus memandu keluar sebaik selesai menghadap baginda.

Anwar pula bertindak sebaliknya, apabila dengan nada mesra menyapa dan bercakap kepada media. - The Vibes, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar