web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Ulangi Ada Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 12:11AM

Muhyiddin Yassin berkata sokongan tersebut diberikan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ahli Parlimen Bebas secara perseorangan dan beberapa kepimpinan tertentu daripada gabungan lain yang tidak didedahkan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi jaminan bahawa beliau memiliki sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, sokongan tersebut diberikan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ahli Parlimen Bebas secara perseorangan dan beberapa kepimpinan tertentu daripada gabungan lain yang tidak didedahkan.

“Insya-Allah, esok kita dapat mengemukakan akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita telah memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat BERSATU, di sini, malam ini.

Ketika diminta mengulas mengenai amaran Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan kepada mana-mana gabungan lain untuk membentuk kerajaan, Muhyiddin berkata, ia tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

“Itu kenyataan beliau, tapi Perlembagaan kata (sokongan) Ahli Parlimen, ia tak kata daripada parti mana. Secara individu boleh, secara kumpulan atau parti (juga) boleh.

“Jika ada lain-lain Ahli Parlimen membuat keputusan untuk menyokong saya, itu hak Ahli Parlimen tersebut, ia bersandarkan Perlembagaan negara,” katanya.

Jelas beliau, Perlembagaan mewajibkan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menjadi Perdana Menteri untuk mendapat kepercayaan daripada sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen.

Menurut beliau lagi, sokongan diberikan secara perseorangan tidak menyalahi Akta Lompat Parti yang sudah dikuatkuasakan.

Muhyiddin Yassin menjelaskan sokongan diberikan Ahli Parlimen secara perseorangan tidak menyalahi Akta Lompat Parti yang sudah dikuatkuasakan - Gambar oleh Sairien Nafis
Muhyiddin Yassin menjelaskan sokongan diberikan Ahli Parlimen secara perseorangan tidak menyalahi Akta Lompat Parti yang sudah dikuatkuasakan - Gambar oleh Sairien Nafis

“Ia tak menghalang mana-mana parti (untuk beri sokongan) hatta. Bukan semua sokongan datang daripada PN. Ada GPS, GRS dan Bebas.

“Memang tak melanggar peruntukan akta itu, mereka tak keluar daripada parti tapi mereka secara individu bebas memberikan sokongan kepada saya, jadi ia tidak melanggar Akta Lompat Parti,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengingatkan bahawa semua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Tegasnya, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan mereka dipecat, malah kerusi Parlimen disandang juga perlu dilepaskan.

“Semua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU-15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad