web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Perlu Jadi Pembangkang Kuat, ‘Hormati Kemahuan Rakyat’ - Isham Jalil

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 9:54PM

Isham berkata rakyat sudah memilih BN sebagai pembangkang dan parti harus menghormati kemahuan rakyat. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) menjadi blok pembangkang untuk menyemak imbang kerajaan dan tidak menyertai mana-mana gabungan kerajaan campuran.

Menurut beliau, ini kerana rakyat sudah memilih BN sebagai pembangkang dan parti harus menghormati kemahuan rakyat.

“Semasa 22 bulan kita menjadi pembangkang selepas PRU-14 dahulu, rakyat telah kembali menyokong kita, namun sokongan dan kepercayaan terhakis apabila kita membentuk kerajaan campuran selepas Langkah Sheraton.

“Kini sebagai pembangkang, kita dalam UMNO dan BN boleh bina semula kredibiliti serta kepercayaan rakyat terhadap kita, berbanding jika kita menjadi kerajaan pada masa ini. Kita perlu berani menjadi pembangkang yang kuat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau mahu melihat UMNO ke hadapan dan berusaha memulihkan parti supaya ia diterima semula rakyat pada masa depan.

“Sekiranya kita terus ikhlas dan jujur dalam perjuangan Insya-Allah, Allah SWT akan bantu kita mencapai kejayaan.

“UMNO adalah parti banyak berjasa kepada negara dan rakyat. Jika kita menuju ke jalan lurus, nescaya perjuangan kita akan diredhai Allah,” katanya.

Malah, beliau yakin akar umbi UMNO akan terus setia dan istiqamah dalam perjuangan parti, walaupun dengan apa jua cabaran serta dugaan yang melanda seperti dihadapi sebelum ini.

“Saya akan terus bersama anda semua dalam mencari dan mencapai penyelesaian serta pembaharuan, sehingga kita berjaya memulihkan parti bersama-sama dan diterima semula rakyat,” katanya.

Isham semalam tewas di Parlimen Shah Alam kepada calon Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof yang memperoleh majoriti 18,095 undi.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan peristiwa hitam bagi BN yang mengalami kekalahan teruk di kebanyakan kerusi Parlimen dan sekadar memenangi 30 kerusi.

Beberapa nama besar seperti Isham (Shah Alam), Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik) dan Shahril Hamdan yang dijangka meraih kemenangan, tewas. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar