web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Gabungan BN-PH, Pemimpin UMNO Harus Desak Zahid Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 7:48PM

Zahid berkata pada Perhimpunan Agung UMNO awal tahun ini tidak akan bekerjasama dengan PH atau pun DAP. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi serta akar umbi UMNO digesa mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan bagi memastikan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) tidak bergabung membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, khabar angin BN akan bergabung dengan PH adalah bertentangan dengan keputusan dibuat semasa Persidangan Agung UMNO (PAU), baru-baru ini.

“Saya difahamkan ada khabar angin mengatakan BN akan bergabung dengan PH.

“Kami (peringkat) akar umbi yang bekerja bermati-matian untuk BN dan PAU baru-baru ini mengatakan, ‘No Anwar, No DAP’,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan Zahid seharusnya bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN pada PRU-15.

“Sekiranya sebuah organisasi itu gagal mencapai objektif dan matlamat perjuangannya, terutama dalam politik seperti UMNO dan BN, maka kegagalan tersebut perlu ditanggung individu yang mengetuai parti.

“Dan dalam hal ini (kekalahan teruk BN pada PRU-15) adalah tanggungjawab Pengerusi BN (Zahid) sendiri,” katanya.

Dzulkarnain berkata, beliau juga akan melaksanakan undi tidak percaya terhadap Zahid sekiranya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu enggan berundur.

“Zahid seharusnya mengambil keputusan terhormat mengundurkan diri sebelum Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

“Undur, undur, undur Zahid. No DAP, No Anwar,” katanya bersama sekumpulan ahli UMNO yang hadir di lobi ibu pejabat UMNO dekat Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Istana Negara meminta gabungan parti-parti politik yang dipersetujui mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang esok.

Ia selepas Istana Negara menerima keputusan PRU-15 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 1.15 tengah hari tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata dokumen dikemukakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Justeru, katanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti dan ketua gabungan parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi pembentukan kerajaan baharu. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad