web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Yakin Peroleh Sokongan Jadi PM Ke-10

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 7:22PM

Muhyiddin Yassin yakin bahawa beliau akan memperoleh sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa beliau akan memperoleh sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PN sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Openg berhubung pembentukan kerajaan Pesekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, Abang Johari yang juga Premier Sarawak memaklumkan kesediaan Ahli Parlimen GPS memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya bagi dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PN sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Abang Johari Openg berhubung pembentukan kerajaan Pesekutuan selepas PRU-15 - Gambar Fail
Perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PN sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Abang Johari Openg berhubung pembentukan kerajaan Pesekutuan selepas PRU-15 - Gambar Fail

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Beberapa Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, PN sudah ada majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan termasuk sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Yong Teck Lee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti atau jumlah parti yang memberikan sokongan berkenaan - Gambar Fail
Yong Teck Lee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti atau jumlah parti yang memberikan sokongan berkenaan - Gambar Fail

Bagaimanapun, kerjasama itu tidak membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, majoriti tersebut diperoleh berdasarkan sokongan Ahli Parlimen pelbagai parti kepada PN bagi membentuk kerajaan.

Teck Lee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti atau jumlah parti yang memberikan sokongan berkenaan

“Dengan kedudukan masa kini, kita yakin secepat mungkin akan selesai (tubuh kerajaan persekutuan), secepat mungkin.

“Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sudah ada majoriti, memang banyak Ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk Barisan Nasional. Kita tunggu pengumuman secepat mungkin,” katanya ketika ditemui sebaik meninggalkan perkarang kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

3

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar