web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Sudah Ada Majoriti, Dapat Sokongan Ahli Parlimen BN - GRS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 5:19PM

Menurut Yong Teck Lee, majoriti tersebut diperoleh berdasarkan sokongan Ahli Parlimen pelbagai parti kepada PN - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, Perikatan Nasional (PN) memiliki majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, kerjasama itu tidak membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, majoriti tersebut diperoleh berdasarkan sokongan Ahli Parlimen pelbagai parti kepada PN.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti atau jumlah parti yang memberikan sokongan berkenaan.

“Dengan kedudukan masa kini, kita yakin secepat mungkin akan selesai (tubuh kerajaan persekutuan).

“Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sudah ada majoriti, memang banyak Ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN). Kita tunggu pengumuman secepat mungkin,” katanya ketika ditemui sebaik meninggalkan perkarangan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada BN menyokong PN sebagai sebuah gabungan atau ia hanya membabitkan Ahli Parlimen sahaja.

Sementara itu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan masih lagi berlangsung ketika ini namun meminta semua pihak untuk menunggu perkembangan lanjut.

Ketika ditanya sama ada PN menubuhkan kerajaan dengan sokongan BN, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata pihaknya akan mengkaji pelbagai kemungkinan.

“Kita akan lihat pelbagai kemungkinan, pelbagai senario sudah dikaji. Bagaimanapun, setakat ini confirm tidak melibatkan PH,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan konvoinya meninggalkan perkarangan kediaman Muhyiddin sekitar jam 4.30 petang tadi.

Beliau yang menaiki kereta mewah BMW berwarna hitam sempat menurunkan cermin kenderaan untuk melambai kepada pengamal media sambil tersenyum, namun tidak mengulas lanjut mengenai rundingan tersebut.

Sekitar lima minit kemudian, kenderaan membawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disusuli kereta membawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula meninggalkan perkarangan kediaman Muhyiddin. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

2

Politik 2 tahun yang lalu

Diterima Masuk Dalam GRS, PCS Kini Parti Kerajaan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad