web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Prestasi Teruk BN, Annuar Anggap Igauan Buruk

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 1:23AM

Annuar Musa menzahirkan kekecewaannya terhadap keputusan diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menyifatkan ia sebagai ‘igauan buruk’ - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan kekecewaannya terhadap keputusan diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menyifatkan ia sebagai ‘igauan buruk’.

Perkara terbabit dinyatakan mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, meskipun keputusan PRU-15 masih belum diumum sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi. Dukacita teramat sangat.

“AI-Quran itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan,” katanya menerusi Facebook.

Mengikut keputusan tidak rasmi, BN jauh ketinggalan, berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagi rekod, Annuar sebelum ini digugurkan daripada menjadi calon BN pada PRU-15.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menganjurkan permuafakatan bersama pihak lain, namun dilabel sebagai tidak setia.

“Pihak kita sudah meminta agar tiada perpecahan berlaku, namun mereka menerima padahnya.

“Kini, ke mana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” katanya. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam