web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Anwar Akui PH Gagal Jadi Kerajaan Kerana Perbuatan Pemimpin PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui gabungan itu berdepan kegagalan ketika menjadi kerajaan sebelum ini, sehingga digulingkan selepas mentadbir 22 bulan.

Namun beliau mengaitkannya dengan tindakan beberapa pemimpin gabungan itu yang kini berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Anwar berkata, kegagalan berkenaan turut disumbangkan beberapa ahli PN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bertujuan mempertahankan kerusi masing-masing.

“Siapa dia Menteri Ekonomi ketika itu? Nak pangkah dia buat apa? Yang teruk FELDA bawah dia sampai tak terkawal. Rancangan ekonomi tiada, ini jadi masalah dia.

“Menteri Dalam Negeri siapa? Menteri Luar siapa? Yang buat ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

“Bawa perhimpunan beramai-ramai. Datuk Saifuddin Abdullah yang bentang (ICERD) di Parlimen, tetapi kita (PH) kena marah,’ katanya ketika berucap pada Grand Finale Jelajah Mega PH di Keramat AU2 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari yang juga calon PH bagi Parlimen Gombak.

Presiden PKR yang juga calon kerusi Parlimen Tambun itu berkata, beliau membuat bantahan ketika itu, namun perkara tersebut dibentangkan Menteri ketika Tun Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

“Saya bangun ketika itu (di Parlimen), hendak bantah pun tak boleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan ia dibentang menteri.

 “Tetapi kini, Indera Mahkota, PAS sokong Saifuddin yang membawa ICERD,” jelasnya

Anwar menegaskan bahawa penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perlu disingkirkan kerana didakwa mengkhianati rakyat.

“Kita akan campak Azmin keluar daripada Gombak, biar dia kalah di Gombak, biar jadi pengajaran. Jangan layan dan terima orang yang khianat rakyat.

“Dia kata anak buah aku (Datuk Seri Amiruddin Shaari) lawan aku, yang kamu (Azmin) lawan aku itu apa dia,” tegasnya. - Getaran 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 48 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad