web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Yakin Dapat Tawan Kuala Selangor Dan Sungai Buloh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 7:00AM

Hishammuddin dan Tengku Zafrul beramah mesra bersama para penduduk Bestari Jaya ketika menghadiri program bertemu masyarakat India di Padang Awam Bestari Jaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas dua kerusi Parlimen yang disandang Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh dan Kuala Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), Sabtu ini.

Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia dapat dilihat daripada semangat pengundi di dua kawasan berkenaan, yang turun pada kempen-kempen BN sejak minggu lepas.

“Ini satu petanda baik, tetapi saya mahu nasihatkan kepada jentera kita supaya jangan toleh ke belakang dan teruskan momentum, kerana tinggal beberapa hari lagi untuk mengundi yang merupakan tarikh keramat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri karnival sukan bola sepak di Bestari Jaya di sini.

Turut hadir calon BN bagi Parlimen Kuala Selangor Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hishammuddin berkata beliau yakin, Tengku Zafrul mampu memberikan khidmat yang cemerlang sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan, sekiranya beliau dipilih nanti.

“Saya kenal Tengku Zafrul dan kalau dia diberi peluang untuk bersama-sama dengan masyarakat Kuala Selangor, saya percaya beliau dapat menyumbang untuk membangunkan kawasan ini dan akan membantu semua penduduk Kuala Selangor tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Dalam pada itu Hishammuddin menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bahawa mengadakan PRU-15 pada musim monsun timur laut adalah satu kesilapan.

Beliau berkata Amirudin sepatutnya sedar dengan kenyataannya itu, kerana beliau antara pemimpin yang dicalonkan paling awal bertanding untuk mewakili PH di Parlimen Gombak.

No retreat no surrender, kita sudah pun bubar Parlimen, malah calon kita pun sudah kenal, tinggal beberapa hari sahaja untuk kita mengundi, teruskan sahaja pilihan raya ini, bring it on," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad