web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pihak Lawan Tak Ada Isu Nak Serang PH - Mohd Sany

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 10:22PM

Mohd Sany Hamzan mendakwa pihak lawan tidak mempunyai isu untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) dan hanya memainkan sentimen agama serta perkauman semasa berkempen - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mendakwa pihak lawan tidak mempunyai isu untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) dan hanya memainkan sentimen agama serta perkauman semasa berkempen.

“Kita rasa malu bila tengok veteran politik kita tidak ada isu untuk serang PH . Isu yang dimainkan hanyalah perkauman dan agama sahaja.

“DAP DAP, Komunis Komunis, Cina Cina. Sampai bila kita nak ditakut-takutkan dengan DAP. Malam ditakutkan Cina, esok pagi pergi beli roti dekat Cina,” katanya dalam nada jenaka semasa berucap di majlis Pentas Anak Muda, Semenyih malam ini.

Beliau juga mendakwa, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menuduh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghalalkan LGBT jika beliau dipilih menjadi Perdana Menteri.

“Pesuruhajaya PAS negeri Perak menuduh Anwar jika jadi PM, beliau akan halalkan LGBT.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang patut berasa malu dengan generasi muda kerana menuduh PH dengan pelbagai tuduhan, termasuk mempersoal perlembagaan negara,” katanya.

Jelas Mohd Sany, masalah besar yang sedang negara hadapi ialah pemimpin yang terlibat dengan rasuah.

“Malulah Ustaz Hadi, anak-anak muda tengok. Dia kata kita nak rungkai dan persoalkan isu perlembagaan, raja dan sebagainya. Cukup-cukuplah. 

“Awak bawa imej islam, ulama, ustaz tapi setiap malam tak ada kerja lain (dan) buat fitnah. Masalah besar sekarang kita mempunyai pimpinan yang terlibat dengan rasuah,” tegasnya.

Mohd Sany turut menyentuh soal ekonomi yang tidak stabil dan menjadi masalah kepada rakyat.

“Isunya sekarang, rakyat di bawah tak ada makan, susah dan sebagainya. Sepatutnya kamu fikir perkara ini. 

“Telur ayam pun tidak ada dalam pasaran macam mana nak jaga ekonomi. Isu di Hulu Langat, masalah jalan raya, banjir, sekolah tak siap, sampah sarap (masih) tak dapat diselesaikan,” tegasnya.

Ceramah Pentas Anak Muda yang dianjurkan oleh AMK Hulu Langat di Semenyih dilihat mendapat sambutan yang baik walaupun ia hanya berlangsung di kawasan agak kecil.

Parlimen Hulu Langat bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu Mohd Sany Hamzan (PH), Datuk Markiman Kobiran (PEJUANG) dan Datuk Abdul Rahman Jaafar (Warisan).

Turut bertanding ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz dan Dr. Mohd Radzi Abd Latif dari Perikatan Nasional (PN) serta seorang calon bebas, Dr Mohamed Noortheen Ahamed Mustafa. - Getaran 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar