web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johari Tak Kisah Kerusi Debat Kosong, Anggap Penganjur Tak Matang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 7:20PM

Johari Abdul Ghani tiada masalah untuk berdebat dengan sesiapa pun namun ini bukan masa terbaik memandangkan sedang dalam tempoh berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak kisah jika kerusi yang sepatutnya beliau duduki dalam acara debat anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbiar kosong.

Tegasnya, beliau tiada masalah untuk berdebat dengan sesiapa pun namun ini bukan masa terbaik memandangkan sedang dalam tempoh berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya ini dah biasa dengan orang, malah dengan (Timbalan Presiden PKR), Rafizi (Ramli) sekali pun saya berani. Secara langsung di televisyen dan ditonton oleh 2.6 juta penonton. Tak ada masalah, kita bertukar-tukar pemikiran.

“Tetapi hari ini (adalah) hari orang tengah berkempen, kita nak dapat sebanyak mungkin beri penerangan kepada setiap sektor masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Mahasiswa, di sini hari ini.

Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) berkata, jika NGO terbabit mahu menganjurkan debat, ia perlu dilakukan secara teratur  tanpa menguar-uarkan terlebih dahulu program tersebut sebelum dipersetujui.

“Ini kamu pergi uar-uarkan dulu dua tiga hari, selepas itu dia cerita nak debat, dia nakkan orang pergi dia punya Facebook. Tiada masalah, tetapi saya ampunkan,” katanya.

Walaupun memaafkan NGO tersebut, Johari menyifatkan tindakan mereka sebagai satu perbuatan yang tidak matang.

“Budak-budak panjat pokok rambutan, biasalah. Tak ada hal. Jangan jadikan isu. Jadi, dia nak debat malam ini malam ke esok, nak letak kerusi kosong, biarkanlah. Mereka tidak berfikiran matang,” katanya.

Baru-baru ini satu NGO meuar-uarkan penganjuran acara debat terbuka antara Johari dan calon PH, Khalid Samad yang dikenali sebagai ‘Debat Wilayah: Kelangsungan Hidup Anak Muda, Apa Masa Depan Mereka’.

Difahamkan, Khalid sudah mengesahkan kehadirannya untuk menyertai debat tersebut yang dijadualkan berlangsung malam ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Undangan menyertai acara berkenaan bagaimanapun ditolak oleh Johari.

Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Johari bakal dicabar mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, Pengerusi Badan Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Dr Rosni Adam yang mewakili PN.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon PAS, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Autoshow 2024: Lebih 200 Model Kereta Dan Motosikal Jenama Terkemuka Dipamer

2

Politik 2 tahun yang lalu

Budaya Sebarkan Pembodohan Ancaman Terbesar Untuk Negara - Rafizi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar 'Affirmative Action' Diteruskan, Tambah Baik Ikut Tahap Sosial Rakyat - Rafizi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Model Baharu Ekonomi Malaysia Jadi Topik Debat, Siar Secara Langsung Di RTM, Astro Awani 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad