web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budaya Sebarkan Pembodohan Ancaman Terbesar Untuk Negara - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 2:22PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Budaya menyebarkan pembodohan adalah ancaman terbesar negara mutakhir ini, khususnya apabila diperturunkan kepada rakyat biasa yang melabel diri mereka sebagai pempengaruh.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, fitnah dan semua pembohongan tersebut semakin berleluasa dengan kewujudan platform media sosial seperti TikTok.

Menurut beliau, golongan terbabit akan memainkan sentimen yang tidak memberikan gambaran dan perspektif sebenar, sebelum memesongkan kefahaman rakyat mengenai satu-satu perkara.

“Apabila ditanya di Parlimen, pemimpin politik mereka sendiri tidak boleh menjawab. Saya selalu bertanya kepada Ahli-Ahli Parlimen PN (Perikatan Nasional) tentang ukuran ekonomi yang mereka gunakan sebagai bukti kepada dakwaan mereka ekonomi telah merudum. Mereka tergagap-gagap dan tersipu-sipu seperti kerengga yang lari bertempiaran.

“Satu perkara yang tidak disedari ialah budaya menyebarkan pembohongan sewenang-wenangnya seperti ini sebenarnya mendedahkan ramai rakyat Malaysia kepada tindakan undang-undang,” katanya menerusi ciapan.

Ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran, sesiapa yang menyebarkan fitnah boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan jika ada laporan polis dibuat. 

“Mereka juga boleh disaman secara sivil. Lebih berbahaya, netizen yang membuat komen kepada kandungan-kandungan pempengaruh ini, yang menambah lagi pembohongan dan kebencian, juga boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya. 

Tegas Rafizi, ramai walaun yang terdedah mati katak dalam perjuangan sedangkan pimpinan mereka kaya-raya dengan kereta besar, pangkat dan imbuhan pencen. 

“Budaya ini berbahaya dan ramai pempengaruh ini merasakan mereka boleh berselindung menggunakan nama samaran. Contohnya, seorang yang kerjanya mencarut dan memaki hamun saban hari di Tiktok tetapi menganggap dirinya wakil rakyat. Namanya YB Viral.

“Saya berpandangan budaya ini perlu ditangani. Cara menanganinya adalah supaya pimpinan politik seperti saya berdepan sendiri dengan rakyat dalam satu sesi untuk menjawab dan bertanya. Rakyat tanya saya jawab, saya tanya kepada rakyat (untuk berkongsi pemahaman), maka wajarlah rakyat jawab,” katanya.

Beliau menarik perhatian, surat jemputan untuk sesi debat telah dihantar pejabatnya kepada pempengaruh berkenaan.

Surat jemputan untuk YB Viral yang dihantar pejabat Rafizi Ramli - gambar X
Surat jemputan untuk YB Viral yang dihantar pejabat Rafizi Ramli - gambar X

“Jika dia berani tampil dengan mengisi borang maklumat peribadinya dan mengembalikan borang ke pejabat saya, Insya Allah saya bagi ruang seluasnya untuk dia bakar saya dan buktikan saya menteri paling bodoh, seperti yang dijerit-jeritnya selama ini.

“Tetapi dengan syarat janganlah berselindung di belakang identiti digital yang disalah guna untuk mencipta pembohongan. Bila berdepan dengan identiti sendiri, bersedialah untuk disaman dan diambil tindakan undang-undang jika ada fitnah yang dibuat,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad