web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Wee Lancar 5 Aku Janji Untuk Warga Ayer Hitam

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 8:24AM

Wee Ka Siong - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melancarkan lima aku janji untuk warga Parlimen Ayer Hitam termasuk menjadikan zon tengah Johor sebagai hab pengangkutan darat menerusi pembinaan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Ayer Hitam.

“Sekiranya projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dipersetujui oleh kedua-dua negara, saya akan memperjuangkan untuk membina satu stesen di Ayer Hitam kerana ia merupakan lokasi strategik untuk merangsang ekonomi tempatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aku janji itu di sini malam ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata menerusi aku janji berkenaan, beliau juga berhasrat menjadikan Yong Peng sebagai hab pertanian moden, menarik pelaburan dan mencipta kejayaan baharu, merancakkan sektor pelancongan serta melibatkan belia sebagai pemangkin masa depan.

Wee berkata beliau komited membantu golongan petani dengan mempromosi program pertanian moden khususnya di Yong Peng serta menyediakan latihan teknologi pertanian pintar selain menggalakkan industri perladangan seperti kelapa sawit, getah, durian dan buah-buahan bagi merancakkan industri dan menjana pendapatan rakyat.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu berkata usaha menarik pelabur untuk membina kilang-kilang besar di Ayer Hitam pula akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Bagi merancakkan sektor pelancongan tempatan, Wee berkata beliau akan menggabungkan keunikan alam semula jadi yang terdapat di Yong Peng, Paloh dan Bekok sekali gus menjadikan bahagian tengah Johor sebagai ‘Segi Tiga Emas Pelancongan’.

Selain itu, Wee berjanji akan menawarkan lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan biasiswa untuk golongan belia.

Parlimen Ayer Hitam menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wee, calon Pakatan Harapan (PH) Sheikh Umar Bagharib Ali dan Muhammad Syafiq A. Aziz (Perikatan Nasional).

Wee yang memegang kerusi parlimen itu selama empat penggal, menang tipis pada PRU14 dengan majoriti 303 undi menewaskan Liew Chin Tong (PH) dan Mardi Marwan (PAS). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar