web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu MA36 Diselesai Tanpa Banyak Rundingan Jika PH Dapat Mandat - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 7:17PM

Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan akan turut menjalankan pelbagai usaha yang efektif dalam pelaksanaan MA63 dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pakatan Harapan (PH) akan memastikan isu hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan tanpa perlu banyak rundingan sekiranya diberikan mandat membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini. 

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan itu akan turut menjalankan pelbagai usaha yang efektif dalam pelaksanaan MA63 dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam menegaskan keperluan wujudkan sistem persekutuan, maka pengagihan kuasa itu (adalah) sesuatu yang mesti dalam perlembagaan bagi negara yang dianggap persekutuan. Ini bukan soal yang aneh buat Sabah, Sarawak dan Semenanjung. 

“Kerjasama antara negeri dan Persekutuan (kerajaan) adalah kritikal. Berikan suara kepada calon-calon kami di Sarawak (di Parlimen) untuk kerjasama negeri dan Persekutuan bagi kami memperjuangkan hak rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Tawaran Harapan Untuk Sarawak di sini hari ini.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat Persekutuan akan diadakan selepas keputusan PRU-15.

Beliau berkata PH mahukan kerjasama erat bukan sahaja dengan GPS, malah dengan semua kerajaan negeri termasuk yang masih diperintah oleh PAS. 

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata antara empat prinsip utama bagi tawaran hari ini adalah untuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan MA63 dan desentralisasi kuasa kepada kedua-dua wilayah itu. 

“Selain itu, merapatkan jurang pembangunan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta membela nasib orang asal, Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.

Kesemua aspek berkenaan, kata beliau telah dimasukkan dalam Tawaran Harapan PRU-15 yang dilancarkan baru-baru ini. 

Menurut Chong perincian mengenai kesemua prinsip tawaran itu di Sarawak akan dikongsikan dengan orang ramai dalam beberapa hari lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad