Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon Parlimen Titiwangsa Tumpu Isu Kampung Baru

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 2:17PM

Johari melakukan tinjauan mesra bertemu penduduk setempat dan beramah mesra bersama pengundi muda di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyelesaian kepada isu tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru terus menjadi fokus utama keempat-empat calon yang merebut kerusi Parlimen Titiwangsa, yang menjadi antara ‘kerusi tumpuan’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau akan mewujudkan satu kumpulan peguam bagi mewakili 89 peratus penduduk Flat Sungai Baru di Kampung Sungai Baru yang bersetuju untuk berpindah serta menandatangani perjanjian secara sukarela.

“Yang baki 11 peratus (penduduk) tidak boleh berbuat apa, kerana pemaju telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil rumah dan saya juga tidak mahu perkara ini berlaku seperti Flat PKNS Jalan Tun Razak,” katanya ketika ditemui di Program Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek di sini.

Beliau memaklumkan ketika menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa pada 2017, seorang pemaju tampil untuk menjalinkan kerjasama dengan penduduk flat Sungai Baru bagi membangunkan semula kawasan tersebut namun beliau tidak setuju kerana pemaju tersebut tidak begitu meyakinkan.

Bekas Menteri Kewangan kedua itu berkata kerajaan BN tidak pernah menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi merampas tanah penduduk kawasan berkenaan.

Sebelum ini, seramai 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu manakala Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) pula bersetuju pengambilan tanah diteruskan kerana proses itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan majoriti penduduk bersetuju.

Menurut PPTGWP, pembangunan semula itu telah mendapat persetujuan sebahagian besar penduduk kawasan terbabit dan perjanjian usaha sama telah ditandatangani antara 192 petak rumah pangsa dan 27 unit rumah teres dengan pemaju.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Titiwangsa Khalid Abdul Samad mengemukakan pendekatan berbeza bagi menyelesaikan isu tersebut sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan iaitu akan membatalkan perwartaan yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan mengembalikan dasar ‘willing buyer, willing seller’ dengan nilai yang wajar.

Beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata tawaran harga RM1,000 satu kaki persegi untuk tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di kawasan berkenaan adalah relevan dan ia juga akan dikekalkan.

Pengarah Komunikasi Amanah itu juga berkata bagi isu tanah Kampung Baru, beliau berpendapat kerajaan sendiri membeli keseluruhan tanah berkenaan kerana ia merupakan kawasan khas yang boleh menggunakan peruntukan kerajaan.

“Ia merupakan pelaburan dan bukan kerugian. Apabila kerajaan beli (tanah), pemilik tanah boleh beli rumah mampu milik yang lebihan bekalan di pasaran (menggunakan duit berkenaan),” katanya.

Turut senada, calon Gerakan Tanah Air (GTA) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang berikrar akan bekerja keras untuk membatalkan pewartaan yang dikenakan melalui sistem perundangan negara jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Pengerusi Perhubungan Pejuang Wilayah Persekutuan itu berkata beliau telah menawarkan perkhidmatan guaman percuma kepada penduduk Kampung Sungai Baru pada Jun lepas untuk membuat semakan kehakiman, namun menurutnya usaha itu gagal selepas campur tangan beberapa pihak.

“Rampasan tanah (gunakan akta) penduduk itu adalah tidak sah. Tanah itu merupakan tanah bergeran milik persendirian and ia bertentangan dengan undang-undang. Selain itu, terdapat juga unsur salah laku dalam projek pembangunan semula tersebut,” katanya.

Justeru, Khairuddin yang juga suami kepada pelakon Datin Seri Umie Aida berkata beliau bersama persatuan penduduk kawasan berkenaan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pada Jun lepas.

Meskipun tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut sebelum ini seperti tiga calon lain, Dr Rosni Adam yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pula berhasrat menggunakan pendekatan Islam di samping undang-undang bagi menyelesaikan isu yang dihadapi penduduknya sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berkata walaupun terdapat akta dari segi undang-undang negara, namun beliau gemar melihat dari sudut Islam yang menekankan mengenai hukum tanah, harta pusaka, faraid dan sebagainya.

“Dalam Islam, masalah tanah ini masalah besar. Tanah pusaka, tidak boleh ambil tanah orang sewenang-wenangnya, ia sangat besar kesan atau pun dosanya. Saya rasa penyelesaian paling bagus adalah penyelesaian Islam dengan mendapatkan penyelesaian ‘situasi sama menang’,” kata doktor pergigian itu.

Calon wanita tunggal yang tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Pengambilan Tanah terhadap 11 peratus penduduk yang enggan berpindah itu, berkata beliau akan menjadi perantara terbaik pelbagai pihak terlibat supaya nasib penduduk lebih terbela.

Kerusi Parlimen Titiwangsa yang menyaksikan pertandingan empat penjuru pada PRU15 termasuk melibatkan dua bekas Menteri Kabinet itu, mempunyai 80,889 pengundi berdaftar.

Pada 2018, penyandang Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Harun menang atas tiket PKR dengan majoriti 4,139 undi menewaskan Johari (BN) dan Mohammad Noor Mohamad (PAS).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 15 Nov bagi pengundian awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan