Berita Terkini

16 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15: Shamsul Iskandar Bertanding Di Bagan Datuk Kerana Data

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 9:15AM

Shamsul Iskandar Md Akin - Hambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan keputusan "mengejutkan" untuk meletakkan beliau bertanding di Bagan Datuk sebenarnya berdasarkan data.

Menafikan sebarang dakwaan bahawa beliau terpaksa mengambil “misi bunuh diri” untuk bertanding di kubu kuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Shamsul berkata, beliau yakin dengan peluangnya di kawasan itu secara keseluruhan.

Beliau berkata, data pilihan raya menunjukkan Zahid tidak berada di landasan kukuh, walaupun menjadi ahli Parlimen di kawasan itu selama lima penggal sejak 1995.

“Terdapat beberapa faktor, pertama kem Tentera Hutan Melintang, yang kini telah ditutup selepas 2018, jadi lebih kurang 2,000 undi hilang dari bank undi untuk Zahid.

"Terdapat juga tambahan 15,000 pengundi baharu untuk kerusi itu, terutamanya daripada segmen belia.

“Pada pilihan raya lalu, Zahid menang dengan hanya 5,073 undi. Menambah semua faktor ini, sudah pasti boleh dilakukan (bagi saya) untuk merapatkan jurang," katanya dalam satu temubual bersama The Vibes.

Dalam temubual bersama media baru-baru ini, Zahid mendakwa Shamsul telah "dipaksa" untuk bertanding di Bagan Datuk bertentangan dengan kehendaknya, membayangkan berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PKR.

Bagaimanapun Shamsul berkata, beliau bersedia untuk menyahut cabaran itu kerana ia "perlu" untuk menggulingkan Zahid jika negara mahukan perubahan.

“Zahid dilihat sebagai musuh negara, dengan banyak tuduhan jenayah terhadapnya. Orang ramai dahagakan perubahan, dalam kalangan pengundi Bagan Datuk malah orang luar (kawasan pilihan raya).”

Perselisihan dalam UMNO

Shamsul menolak dakwaan berlaku perselisihan dalam kepimpinan PKR dengan berkata UMNO yang berpecah, terutamanya selepas keputusan kontroversi Zahid menggugurkan pemimpin veteran parti itu daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, beliau tidak berminat untuk menyerang UMNO secara terang-terangan, tetapi menunjukkan kepada pengundi tentang karakter Zahid dan kesan keputusannya terhadap parti.

“Kami memberi tumpuan kepada Zahid dan tindakan beliau, bukannya (menyerang) UMNO secara terang-terangan. Kami cuba meyakinkan ahli UMNO untuk mengundi menentang presiden mereka sendiri," katanya.

Antara yang digugurkan sebagai calon termasuk Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib, dan Datuk Azhar Ahmad.

Mereka dianggap sebagai panglima perang atau sekurang-kurangnya mempunyai pengikut yang kuat di kawasan masing-masing.

Susulan keputusan tersebut, Zahidi, Ismail, Azhar dan Shahidan membelakangkan parti dengan bertanding pada PRU-15 sama ada sebagai calon bebas atau dengan gabungan lain, mencetuskan pemecatan serta-merta mereka daripada UMNO.

PKR mencapai kemajuan di kawasan luar bandar

Berdasarkan statistik pilihan raya sebelum ini, Bagan Datuk terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu diikuti Cina (18 peratus), India (22 peratus), dan lain-lain (1 peratus) dengan 58,183 pengundi berdaftar.

Pada pilihan raya umum 2018, Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk dengan majoriti 5,073 undi selepas mendapat 18,909 undi menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli dengan 4,061 undi.

Pangkalan sokongan Zahid di sini termasuk masyarakat India, khususnya Telegus, yang mempunyai sejarah panjang di Bagan Datuk, antara penempatan awal mereka sebelum berpindah ke bahagian lain di negara ini.

Untuk menarik minat masyarakat ini, Shamsul berkata, beliau telah mendapatkan bantuan daripada pemimpin masyarakat setempat serta menyebarkan kandungan kempen dalam talian dalam bahasa Telegu.

“Kami menerima maklum balas yang baik daripada masyarakat itu dan mencatatkan kemajuan dari hari ke hari. Ia akan mengambil sedikit masa tetapi kami yakin dapat memenangi undi mereka secara keseluruhan,’’ katanya.

Bagaimanapun, kebanyakan pengundi Bagan Datuk terdiri daripada masyarakat Jawa, kumpulan yang sering dianggap sebagai bank undi kepada Zahid.

Berketurunan Jawa dan dilahirkan serta dibesarkan di situ, Zahid sering menggunakan hubungannya dengan masyarakat untuk kelebihannya, malah berkempen dalam bahasa Jawa.

Gambar oleh Alif Omar
Gambar oleh Alif Omar

Berorientasikan agama, Shamsul berkata, masyarakat ini akan menjadi kumpulan paling sukar untuk diyakinkan.

“Orang Jawa sangat kaya dengan budaya dan sangat Islamik. Jadi saya bergantung kepada kelayakan saya setelah menamatkan pengajian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menghabiskan setiap waktu solat untuk melawat masjid dan surau dalam komuniti ini,” katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat Jawa di sini selesa dengan Zahid, tetapi golongan belia mereka berbeza dan inginkan perubahan.

“Mereka yang lahir pada 1995 kini berusia 27 tahun dan akan memberi cabaran kepada Zahid,” katanya.

Perubahan diperlukan di Bagan Datuk

Menurut Shamsul, perubahan yang dikehendaki di kerusi itu termasuk pembangunan ekonomi yang pesat walaupun menjadi Ahli Parlimen lima penggal dan menteri pelbagai portfolio, Zahid gagal melakukannya.

Zahid mungkin juga pernah menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini, tetapi beliau menyalahkan kekurangan pembangunan disebabkan perubahan kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutuan pada 2018.

Pemimpin UMNO itu berkata, beliau merancang untuk membawa pembangunan bernilai kira-kira RM4.8 bilion ke Bagan Datuk, tetapi ia dipotong kepada RM900 juta sahaja apabila PH mengambil alih kerajaan.

Sebagai maklum balas, Shamsul berkata, Zahid menafikan hakikat bahawa beliau gagal memacu pembangunan sewajarnya ke daerah itu sejak 30 tahun lalu.

“Kamu berada di sini sejak 27 tahun lalu dan kemudian kamu mahu menyalahkan Lim Guan Eng (menteri kewangan PH) kerana memotong dana pembangunan di sini?

“Sebagai kerajaan baharu, PH juga mempunyai keutamaan lain. Tetapi apa yang dipanggil projek pembangunan yang anda katakan dengan bangganya hanya disebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin dari 2015 atau 2016.

“Tetapi bagaimana dengan tahun-tahun sebelumnya? Apa yang kamu buat?’’ katanya.

Dalam manifesto pilihan rayanya, beliau telah mencadangkan sebuah majlis perbandaran yang berasingan untuk memberi perkhidmatan kepada Bagan Datuk, yang masih diuruskan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan walaupun telah diisytiharkan sebagai daerah pada 2016.

Beliau berkata, Bagan Datuk memerlukan perancangan bandar dan pengurusan sanitasi dan kemudahan lain yang lebih baik.

Shamsul digelar sebagai ‘Giant Killer’ dalam kalangan rakannya dalam PH apabila beliau menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dengan merampas kerusi Parlimen Bukit Katil pada 2013.

Beliau menundukkan Ali Rustam sekali lagi pada 2018 apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil ditukar kepada Hang Tuah Jaya.

Kali ini, Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Zahid, Shamsul, Muhammad Faiz Na’aman dari Perikatan Nasional (PN), dan Mohamed Tawfik Ismail yang juga calon Bebas. – The Vibes, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

2

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Politik 6 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 23 jam yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel