web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Mungkinkah Ahmad Zahid Menjadi Presiden UMNO Pertama ‘Hilang’ Kerusi?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 3:07PM

‘Hayat’ politik penyandang Parlimen Bagan Datuk sejak lima penggal lalu, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan bakal berakhir berdasarkan pelbagai faktor membelenggunya sejak sepenggal lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - ‘Hayat’ politik penyandang Parlimen Bagan Datuk sejak lima penggal lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan bakal berakhir berdasarkan pelbagai faktor membelenggunya sejak sepenggal lalu.

Kerusi tersebut dianggap ‘kubu kuat’ UMNO yang mendapat pelbagai manfaat sepanjang keberadaan Ahmad Zahid dalam kerajaan.

Bagaimanapun, ketika ini, terdapat ‘tangan’ dari dalam dan luar sedang bekerja keras menumbangkan Ahmad Zahid yang hanya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 5,072 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kerusi Parlimen Bagan Datuk dianggap ‘kubu kuat’ UMNO yang mendapat pelbagai manfaat sepanjang keberadaan Ahmad Zahid dalam kerajaan - Gambar oleh Alif Omar
Kerusi Parlimen Bagan Datuk dianggap ‘kubu kuat’ UMNO yang mendapat pelbagai manfaat sepanjang keberadaan Ahmad Zahid dalam kerajaan - Gambar oleh Alif Omar

Pada 2018, sebahagian daripada kejayaan Ahmad Zahid adalah disumbangkan kem tentera Hutan Melintang yang dianggarkan 2,000 undi menyebelahi beliau.

Kem tentera tersebut dibina ketika Ahmad Zahid menjawat jawatan Menteri Pertahanan yang mencetuskan kontroversi disebabkan lokasi pembinaannya, didakwa memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Di sebalik penafiannya terhadap semua dakwaan tersebut, Ahmad Zahid mengatakan bahawa pembinaan kem tentera tersebut adalah strategik, seperti kemudahan tentera di Sungai Buloh dan pangkalan tentera laut di Lumut, Perak, namun ditutup oleh Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih kerajaan.

Difahamkan, kem tentera Hutan Melintang adalah antara lokasi yang terbabit dalam kontroversi pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.

Sebelum ini, PH membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung isu pertukaran tanah membabitkan 16 lokasi didakwa dilakukan ketika zaman pemerintahan BN, dengan tuduhan campur tangan politik dalam pembinaan kem tentera.

Parlimen Bagan Datuk sebelum ini merekodkan sebanyak 58,183 pengundi, tetapi kini terdapat lebih 15,000 pengundi baharu didaftarkan secara automatik menerusi Undi18.

Parlimen Bagan Datuk sebelum ini merekodkan sebanyak 58,183 pengundi, tetapi kini terdapat lebih 15,000 pengundi baharu didaftarkan secara automatik menerusi Undi18 - Gambar Hiasan
Parlimen Bagan Datuk sebelum ini merekodkan sebanyak 58,183 pengundi, tetapi kini terdapat lebih 15,000 pengundi baharu didaftarkan secara automatik menerusi Undi18 - Gambar Hiasan

Sentimen golongan muda dan pengundi baharu secara umumnya akan diuji pada PRU kali ini, sehingga menyebabkan kebimbangan terhadap semua parti politik.

Segmen pengundi itu juga sukar untuk ‘ditawan’ BN, apatah Ahmad Zahid kini berusia 69 tahun dan mungkin dilihat bukan pilihan menarik.

Walaupun Ahmad Zahid dianggap mendapat sokongan kuat dalam kalangan masyarakat Jawa dan minoriti Telugu di kawasan itu, ia boleh dicabar dengan penambahan pengundi muda.

Ahmad Zahid sering mengulangi fakta bahawa beliau membawa pelbagai pembangunan ke Bagan Datuk yang dilaksanakan ketika tempoh perkhidmatannya di situ, dengan terbaru membabitkan pelaburan bernilai RM4.8 bilion, sebelum dipotong kepada RM900 juta oleh pentadbiran PH.

Beberapa ahli UMNO mempertahankan Ahmad Zahid dengan menamakan kira-kira 22 projek pembangunan utama dilaksanakan pemimpin itu, sekali gus membawa masuk ribuan pekerjaan ke negeri berkenaan, sebelum PH menghentikan pembangunan terbabit.

Di sebalik dakwaan Ahmad Zahid itu, penduduk tempatan terus merungut mengenai isu asas, seperti longkang tersumbat, jalan tidak berlampu dan kutipan sampah yang boleh berlarutan hingga dua minggu.

Ahmad Zahid sering mengulangi fakta bahawa beliau membawa pelbagai pembangunan ke Bagan Datuk yang dilaksanakan ketika tempoh perkhidmatannya di situ, dengan terbaru membabitkan pelaburan bernilai RM4.8 bilion, sebelum dipotong kepada RM900 juta oleh pentadbiran PH - Gambar oleh Alif Omar
Ahmad Zahid sering mengulangi fakta bahawa beliau membawa pelbagai pembangunan ke Bagan Datuk yang dilaksanakan ketika tempoh perkhidmatannya di situ, dengan terbaru membabitkan pelaburan bernilai RM4.8 bilion, sebelum dipotong kepada RM900 juta oleh pentadbiran PH - Gambar oleh Alif Omar

“Terdapat cakap-cakap mengatakan beliau mahu menubuhkan kilang pemprosesan tuna, hab pembuatan kereta dan banyak lagi projek lain, tetapi jujurnya ​​ia tidak dimaklumkan kepada penduduk tempatan di kawasan itu.

“Anak-anak kita masih perlu mencari pekerjaan di Ipoh atau Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan Ahmad Zahid seorang yang pemurah dan ramai menerima manfaat daripada perkhidmatannya di sini, tetapi tidak banyak berubah.

“Kami masih memperkatakan masalah asas sama, jadi apa yang boleh kami, iaitu rakyat biasa lakukan untuk menangani isu ini akhirnya?” soal seorang penduduk dari kampung kecil, Selekoh yang enggan namanya disiarkan.

Perang mulut turut tercetus antara Ahmad Zahid dan calon PKR di kerusi itu, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berhubung pembangunan kawasan berkenaan.

Bagi menewaskan lawannya, Shamsul mencadangkan penubuhan majlis perbandaran khas untuk Bagan Datuk sekiranya beliau memperoleh mandat, selain mewujudkan perancangan dan pengurusan bandar yang betul.

Bagi menewaskan lawannya, calon PKR, Shamsul Iskandar Md Akinl mencadangkan penubuhan majlis perbandaran khas untuk Bagan Datuk sekiranya beliau memperoleh mandat, selain mewujudkan perancangan dan pengurusan bandar yang betul - Gambar oleh Alif Omar
Bagi menewaskan lawannya, calon PKR, Shamsul Iskandar Md Akinl mencadangkan penubuhan majlis perbandaran khas untuk Bagan Datuk sekiranya beliau memperoleh mandat, selain mewujudkan perancangan dan pengurusan bandar yang betul - Gambar oleh Alif Omar

Pada masa ini, skop tugas kerajaan tempatan Bagan Datuk masih terletak di bawah Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Tindakan Ahmad Zahid memecat beberapa ‘warlords’ UMNO daripada bertanding pada PRU-15 juga, menyebabkan ramai akar umbi ‘tidak selesa’ dan mempersoalkan sama ada presiden parti itu membuat keputusan strategik.

‘Warloads’ ini dilihat senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malah ada antara mereka memilih bertanding sebagai calon bebas atau di bawah gabungan lain.

Sumber dalaman parti berkata, ini boleh membawa kepada ‘peperangan’ yang boleh meningkatkan usaha bersepadu untuk memburukkan karakter Ahmad Zahid.

Pada awal kempen, pihak tertentu sudah pun mendakwa Ahmad Zahid mempunyai kaitan dengan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ia selepas penulis blog, Raja Petra Kamaruddin melalui artikel diterbitkan di laman webnya Malaysia Today mendakwa, Ahmad Zahid memperoleh manfaat dari segi kewangan daripada projek itu.

Dakwaan penglibatan Ahmad Zahid berkaitan skandal itu juga, menjadi bualan kedai kopi dalam kalangan penduduk tempatan Bagan Datuk, menunjukkan bahawa penduduk luar bandar semakin mengambil berat berhubung isu negara atau sekurang-kurangnya, keperibadian calon mereka.

Seorang penduduk tempatan di Kampung Bagan Pasir yang enggan dikenali berkata, artikel mengenai skandal itu disebarkan terutamanya melalui kumpulan sembang.

“Kami membaca mengenai skandal ini kebanyakannya melalui pautan Facebook dan WhatsApp. Saya mendapatnya dalam kumpulan perbualan keluarga saya dan semua orang mahu mengetahui butiran lanjut,” kata penduduk itu kepada The Vibes ketika ditemui semasa ceramah PH di Kg Bagan Pasir, baru-baru ini. .

Lebih memburukkan keadaan, orang dalam UMNO juga menegaskan bahawa parti itu ‘mencatu kewangan’.

Ini terbukti di seluruh negara apabila bahan kempen BN dibayangi Perikatan Nasional (PN) dan PH.

Keadaan itu nampaknya turut berlaku di Bagan Datuk.

Sumber lain dalam parti itu berkata, peruntukan bagi setiap bahagian dipotong sebanyak dua pertiga dengan banyak operasi di lapangan terjejas akibat kekurangan dana atau pengeluaran bajet lewat.

Jelasnya, apa yang menghairankan adalah keputusan parti untuk mendesak PRU-15 diadakan walaupun berdepan kewangan ‘terhad’ . – The Vibes, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jambatan Bagan Datuk Dibuka Hari Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad