web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantik 70 Menteri Kabinet Kegagalan Terbesar PN, Apa Fungsi Duta Khas? - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:58AM

Anwar Ibrahim berkata, Kabinet terbesar dalam sejarah pentadbiran negara itu juga menyaksikan pelantikan beberapa duta khas yang tidak jelas tugas serta fungsi mereka - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) melakar kegagalan terbesar apabila melantik 70 menteri kabinet, sedangkan rakyat ketika itu menderita akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet terbesar dalam sejarah pentadbiran negara itu juga menyaksikan pelantikan beberapa duta khas yang tidak jelas tugas serta fungsi mereka.

Menurut beliau, rakyat pada ketika itu menderita akibat kehilangan punca pendapatan, sehingga memaksa orang ramai secara bersepadu menggerakkan kempen kibar bendera putih, khusus bagi memohon bantuan.

“Apakah fungsi dan faedah melantik duta-duta khas ini kepada rakyat dan negara? Kerajaan PN juga semasa itu punyai peluang yang baik untuk merubah sistem dan dasar ekonomi kepada yang lebih baik tetapi (ia) tidak (berlaku),” katanya pada sesi santai dan ceramah umum bersama penduduk Tambun, Perak malam tadi.

Anwar Ibrahim bersama Afdlin Shauki di acara Santai dan Ceramah Umum Bersama Warga Tambun semalam - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim bersama Afdlin Shauki di acara Santai dan Ceramah Umum Bersama Warga Tambun semalam - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga calon PH untuk Parlimen Tambun berkata, rakyat tidak lagi sanggup menempuh kegagalan seperti mana yang disaksikan di bawah pentadbiran (Tan Sri) Muhyiddin Yassin.

“Kita saksikan tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) paling lama di dunia tetapi jumlah jangkitan dan kematian terus meningkat. 

“Ini berbeda dengan negara-negara yang melakukan ‘lockdown’ dengan tempoh yang lebih singkat dan keadaan wabak terkawal dengan baik. Apakah ini bukan bukti kegagalan yang nyata,” katanya.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak bagi menentukan nasib mereka untuk lima tahun akan datang.

“Harapan (PH) adalah satu-satunya gabungan yang benar-benar bergerak dan perjuangkan atas nurani rakyat. 

Anwar Ibrahim turut mengingatkan bahawa rakyat perlu membuat pilihan bijak bagi menentukan nasib mereka untuk lima tahun akan datang - Gambar oleh Alif Omar
Anwar Ibrahim turut mengingatkan bahawa rakyat perlu membuat pilihan bijak bagi menentukan nasib mereka untuk lima tahun akan datang - Gambar oleh Alif Omar

“Saya turut tegaskan bahawa negara ini tidak perlukan ustaz tepi jalan yang rendah tahap pemikiran seperti ditonjolkan seorang pemimpin PAS di Semanggol, berkenaan fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Tegas beliau, senario seumpama itu berlaku apabila pemimpin utama PAS gagal menegur barisan ‘ustaz’ di dalam parti tersebut.

“Akhirnya fitnah serta hujah bebal terus mengakar di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Budaya jelek seperti ini hanya memburukkan nama dan kesucian Islam di mata masyarakat.

“Jadi saya minta rakyat Malaysia bangkit dan pastikan watak-watak perosak ini dijauhkan daripada tampuk pemerintahan negara,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar berdepan saingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah selaku Ketua UMNO Tambun, Abdul Rahim Tahir (PEJUANG) dan penyandang kerusi Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (BERSATU).

Ahmad Faizal pada PRU-14 yang bertanding atas tiket PH memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh majoriti undi 5,320 untuk menewaskan calon BN dan PAS. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar