web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Manifesto PN Pahang Sedia 12 Tawaran

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 10:00AM

Abdul Hadi Awang - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERANTUT - Manifesto Perikatan Nasional (PN) Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyediakan 12 tawaran, dengan sebahagian besarnya merujuk keperluan ekonomi rakyat negeri tersebut.

Manifesto bertemakan ‘Pahang Berkat Makmur Sejahtera’ itu dilancarkan Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang, di dataran berdekatan Majlis Daerah Jerantut di sini malam ini, pada sesi ceramah umum yang turut dihadiri Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Antara inti pati manifesto itu ialah mendukung sistem tadbir urus negeri yang bersih, berintegriti dan cekap, serta mendaulatkan agama.

Selain itu, menyuburkan ekonomi negeri juga menjadi sebahagian manifesto PN Pahang, menerusi pemerkasaan dan merakyatkan industri kecil dan sederhana, termasuk di kawasan FELDA, memperkasa pemilikan rumah serta memperkemas proses libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar menerusi segmen alam sekitar lestari.

Manifesto itu turut menyediakan inisiatif perniagaan yang antara lain bagi membantu belia memulakan perniagaan, memperkasakan usahawan belia, memartabatkan wanita dan warga emas, bantuan perkahwinan dan pengajian buat anak Pahang, serta memperkasa pelancongan dan kebudayaan negeri.

Pada PRU-15, PN meletakkan calon di semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November ialah hari pengundian awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

3

Semasa 3 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad