web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: ‘Ramanan Harus Buat Tuduhan Jelas, Boleh Saya Saman Kamu’ – KJ

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:02AM

Khairy Jamaluddin mencabar lawannya, Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak berkias, sebaliknya membuat tuduhan jelas berhubung beberapa kontroversi didakwa membabitkan Menteri Kesihatan itu - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Khairy Jamaluddin mencabar lawannya, Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak berkias, sebaliknya membuat tuduhan jelas berhubung beberapa kontroversi didakwa membabitkan Menteri Kesihatan itu.

Ramanan membangkitkan beberapa dakwaan skandal, termasuk berkaitan penglibatan Khairy dengan syarikat kewangan ECM Libra Bhd pada tahun 2005 dan 2006, iaitu isu ditimbulkan semula semasa kempen pilihan raya kini, walaupun Khairy menegaskan beliau sudah mejelaskan semua pertuduhan terbabit.

Beliau berkata, Ramanan sepatutnya membuat dakwaan itu secara jelas supaya beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik PKR berkenaan.

Penyandang Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, Ramanan tidak seharusnya berselindung di sebalik isu terbabit, sekiranya beliau bersedia menghadapi saman fitnah.

“Saya akan katakan dengan sangat jelas, (Ramanan) harus membuat tuduhan yang betul bahawa saya menggelapkan wang atau sama ada saya melakukan penipuan.

“Dia tidak sepatutnya mencari penjelasan hanya untuk menjejaskan kredibiliti saya,” katanya pada kempen PRU-15 di sini, malam tadi.

Khairy menegaskan, beliau sudah menjelaskan semua dakwaan itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Parlimen, selain memberikan penerangan sama berkali-kali secara terbuka.

Menurutnya, Ramanan mengulangi dakwaan ‘kitar semula’ itu dengan harapan ia akan merosakkan kredibilitinya.

“Jika beliau bersedia untuk disaman, maka jangan minta saya menjelaskan mengenai diri saya lagi. Buat pertuduhan sebaiknya. Saya akan jumpa kamu di mahkamah,” katanya.

Semasa ceramahnya di Paya Jaras semalam, Ramanan berkata, Khairy pernah dikenali sebagai ‘penganggur terkaya’ di negara ini, semasa bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Dia sepatutnya menjawab mengenai skandal ECM Libranya. Pada nilai RM14 juta, masih tiada penjelasan mengenainya,” menurut Ramanan.

Pada tahun 2005, Khairy membeli 13 juta saham ECM Libra pada harga diskaun RM9.2 juta daripada tiga pemegang saham, sekali gus mengundang kritikan dan tuduhan wujud konflik kepentingan, memandangkan Abdullah adalah Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada masa itu.

Semasa ucapannya, Ramanan merujuk Khairy sebagai ‘budak tingkat empat’, iaitu menggambarkan seorang pembantu Abdullah ketika itu yang menjalankan tugas di tingkat bawah pejabat Perdana Menteri, malah didakwa mempengaruhi keputusan dalam pelbagai hal dasar dan pentadbiran.

“Skandal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beliau berjumlah RM107 juta dan skandal UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) berjumlah RM70 juta masih belum dijelaskan sehingga kini,” dakwa Ramanan.

Beliau berkata, pengundi mungkin tidak ingat skandal itu kerana ia ‘tersembunyi’ daripada internet.

“Saya mengingatkan anda mengenai isu ini kerana mungkin kita terlupa. Saya tidak mahu mengungkit masa lalu, tetapi kita perlu melawan api dengan api supaya kita tidak diambil kesempatan,” katanya.

Ramanan turut melabel Khairy sebagai calon ‘payung terjun’ yang tiada pilihan selain bertanding di Sungai Buloh kerana berdepan masalah dengan partinya.

Pemimpin PKR itu mendakwa, di sebalik dikenali sebagai ‘Menteri Kesihatan terbaik’, Khairy sebenarnya adalah menteri janji palsu.

Beliau mendakwa Khairy tidak memperjuangkan hak barisan hadapan semasa perintah berkurung dan berdiam diri apabila mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat. – The Vibes, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 48 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad