web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Pemimpin UMNO Tanding Parti Lain Tidak Patut Berlaku - Mahdzir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 4:05PM

Mahdzir Khalid berkata dalam perlembagaan parti, sudah jelas dinyatakan mengenai peraturan dan hukuman bagi ahli yang melakukan kesalahan tertentu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Tindakan dua pemimpin UMNO yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini tidak sepatutnya berlaku, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata keputusan penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga telah melanggari perlembagaan parti.

“Saya fikir ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tapi ada yang dah berlaku, jadi ada sesuatu yang tidak berapa menariklah sebab ada yang telah membuat keputusan yang begitu drastik.

“Dalam institusi politik ini realiti macam itulah (harus berjiwa besar jika tidak dipilih sebagai calon pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama guru-guru KAFA dan jawatankuasa masjid daerah Padang Terap di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dua bekas anggota Kabinet itu yang diumumkan akan bertanding atas tiket PN pada PRU-15 oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Marang, Terengganu, malam tadi.

Mahdzir berkata dalam perlembagaan parti, sudah jelas dinyatakan mengenai peraturan dan hukuman bagi ahli yang melakukan kesalahan tertentu.

Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin itu telah terlucut keahlian mereka dalam UMNO, beliau berkata perkara itu sudah terkandung di dalam perlembagaan parti namun enggan mengulas lanjut dan menegaskan tumpuan adalah ke arah memenangi pilihan raya nanti.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Ismail sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang kerusi masing-masing atas tiket Barisan Nasional pada PRU-14 lepas.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka digugurkan sebagai calon bagi PRU-15 dan digantikan oleh Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin di Parlimen Maran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad