Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kalau Jadi Menteri Baru Isytihar Harta, Kata Khairy

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 12:37PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh para Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini Khairy Jamaluddin berkata, pengisytiharan harta kebiasaannya hanya dibuat selepas lantikan jemaah menteri.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata beliau sebelum ini pernah mengisytiharkan harta sewaktu menjawat jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum ini.

“Bagi pengisytiharan harta, kita buat semasa lantikan ke jemaah menteri dan saya pun dah isytihar harta kepada SPRM, (malah) perkara itu juga telah dipaparkan di dalam website (laman sesawang) SPRM sewaktu saya dilantik menjadi menteri MOSTI,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kesedaran Gelombang Baharu COVID-19 di Kompleks PERHEBAT Sungai Buloh di sini hari ini.

Semalam calon Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta, susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan turut menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai serta bakal calon PRU-15 yang akan bertanding jika mengalami sebarang gejala atau kontak rapat agar melakukan ujian kendiri dan melaporkannya di MySejahtera.

Sementara itu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata Sungai Buloh merupakan kerusi Parlimen selamat buat penyandang kerusi Parlimen Rembau itu, Khairy cuma memberikan jawapan ringkas:

“Saya akan berusaha bersungguh untuk berjumpa pengundi Sungai Buloh sewaktu kempen nanti, Insy-Allah,” katanya.

Semalam Mohamad berkata keputusan menempatkan Khairy bertanding di Parlimen itu kerana penerimaan jentera parti yang amat mengalu-alukan menteri kesihatan itu untuk bertanding di Sungai Buloh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 minit yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu