web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyingkiran Sebagai Calon Harga Harus Dibayar Kerana Berbeza Pendapat Dengan Presiden

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 8:38PM

Annuar Musa - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diredai kerana ia adalah harga perlu dibayar untuk menegakkan pendirian ketika berbeza pendapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penyandang Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun sering berbeza pendapat dengan Ahmad Zahid, beliau tidak pernah membelakangkan parti, malah terus beristiqamah mempertahankannya.

“Kita tentu faham kita menongkah arus, menolak kehendak Presiden kita berkali-kali. Kita gagalkan rancangan beliau kerana kita merasakan cara kita lebih baik, lebih benar bagi parti kita. Siang malam kita berkumpul berbincang bila ada perbezaan pendapat. Kita sentiasa bersama.

“Ketika Presiden kita menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan Ahli Parlimen bersolidariti, bersetia dan bersetuju (Datuk Seri) Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-9. Kita dengan tegas menolaknya.

“Ini kerana kita berpegang pada dasar parti dan Perhimpunan Agung UMNO, ‘no Anwar, no DAP’. Kita tidak salah. Kita berbeza pendirian dengan individu, bukan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan bertajuk ‘Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa’ dikongsikannya hari ini.

Terdahulu, Annuar digugurkan daripada senarai calon BN PRU-15 bagi kerusi Parlimen Ketereh dan ia diisi Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila.

Pada PRU-14, Annuar mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon PAS, Wan Ismail Wan Jusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467, manakala PAS (20,841) dan PH (6,799).

Dalam pengumumannya mengenai senarai calon PRU-15 pada Isnin lalu, Ahmad Zahid turut tidak mencalonkan semula penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menerusi warkah tersebut, Annuar menitipkan pesanan agar mereka yang sedang melalui ujian besar berkenaan untuk meneguhkan pendirian, sekali gus memantapkan ‘kekuda perjuangan’. - Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad