web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rundingan Kerjasama Dengan PN, PH Ditolak, GTA Tanding Solo PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas tawaran rundingannya untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) ditolak, Gerakan Tanah Air (GTA) dijangka bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, GTA akan bertanding menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bersama parti komponen, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu ternama di negara ini.

“GTA amat bersedia masuk ke gelanggang PRU-15 secara solo di bawah bimbingan (Pengerusi Penaja GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membina semula ‘Malaysia Baharu’ pasca PRU-15 kelak. Insya-Allah.

“Sesungguhnya juga, Dr Mahathir masih relevan dan kekal berprinsip dulu, kini dan selamanya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut membidas keangkuhan ditunjukkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak tawaran Dr Mahathir untuk berunding bagi mencapai matlamat sama.

Katanya, Dr Mahathir bahkan merendah dirinya, merayu secara jujur dan ikhlas bagi memenangkan pembangkang.

“Pemimpin pembangkang akan berjaya menumbangkan UMNO dan BN (Barisan Nasional) sekiranya semua sanggup ketepikan ego masing-masing, berbalik ke meja rundingan seterusnya berpegang pada prinsip semangat penyatuan pada 2018 jika hendak menang lagi.

“Niat murni Dr Mahathir telah dipamerkan secara terbaik mungkin demi untuk selamatkan Malaysia tetapi tokoh pemimpin pembangkang yang lain lebih merelakan diri mereka dibelenggu sifat egoistik atau individualistik yang terlalu tinggi,” katanya.  

Tegas beliau, Dr Mahathir amat fokus dalam wadah perjuangan beliau untuk menyelamatkan Malaysia, justeru mantan Perdana Menteri itu berusaha keras untuk menyatupadukan keseluruhan parti politik pembangkang demi menewaskan UMNO serta BN.  

Menurut beliau, menewaskan UMNO dan BN membawa erti parti itu akan berjaya menyelamatkan masa depan bangsa serta negara.

“Hakikatnya, Dr Mahathir tidak pernah takut ataupun gentar dalam perjuangan politik. Sesungguhnya juga, beliau bukan orang baru dalam arena politik tetapi seorang tokoh negarawan berkelas dunia.

“Ke arah untuk merealisasikan matlamat bersama, Dr Mahathir menekankan bahawa semua pembangkang kena bersatu padu secara total jika mahu menawan Putrajaya pada PRU-15 ini,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Muhyiddin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan PN bekerjasama untuk menghadapi PRU-15, 19 November ini.

Jelas beliau, parti pembangkang hanya boleh mengalahkan UMNO dengan cara bekerjasama dan atas sebab itu beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun ditolak oleh Pengerusi PN itu.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran