web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Umum Tanding 3 Kerusi Parlimen, Jamin Tiada Pertembungan Dengan PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 10:20PM

MUDA malam ini mengumumkan tiga kerusi Parlimen pertama yang akan ditandinginya pada PRU-15, 19 November ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) malam ini mengumumkan tiga kerusi Parlimen pertama yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Parti itu akan mempertaruhkan Muhammad Danial Abdul Majid, 26, di kerusi Parlimen Kepala Batas di mana bakal menyaksikan pertembungan “David vs Goliath” menentang penyandangnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ketika mengumumkan kerusi itu, Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz turut mengumumkan cikgu Siti Rahayu akan mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor dan penyandang Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Amira Aisya turut mengumumkan peguam Lim Wei Jiet akan bertanding di Tg Piai, Johor menentang penyandangnya, Datuk Wee Jeck Seng (MCA).

Beliau juga mengesahkan bahawa rundingan kerusi bersama PH dan pakatan pilihan raya itu sudah dimuktamadkan petang tadi.

“Melalui rundingan dengan PH, kami sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15.

“Kami juga bersetuju akan memastikan tidak ada pertembungan kerusi dengan PH dan MUDA akan ada fleksibiliti untuk bertanding menggunakan logo parti ini pada PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon MUDA di ibu pejabat parti itu, di sini, malam ini.

Sementara itu, Amira Aisya turut memberitahu MUDA akan bertanding satu lagi kerusi Parlimen di Sabah dan ia akan diumumkan pada Isnin.

Keputusan sama ada Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan  Parlimen Muar hanya akan diketahui Rabu depan kerana parti itu akan mengumumkan beberapa kerusi lain dalam beberapa hari akan datang. – The Vibes, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran