web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Perjuang Undang-Undang Tegas Terhadap Pemberi, Penerima Rasuah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 8:05PM

Abdul Hadi Awang turut mendakwa pemberi rasuah kini beralih kepada PH ketika menjadi kerajaan dan berkuasa dalam tempoh masa yang singkat - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS akan terus memperjuangkan undang-undang pencegahan rasuah bersifat holistik yang bukan sahaja bertindak tegas terhadap pemberi tetapi juga penerima rasuah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemberi rasuah juga wajib menerima hukuman lebih berat serta pendidikan akhlak dan iman mengenai adanya dosa pahala serta hukuman akhirat.

“Apa yang berlaku hari ini, hukuman hanya dijatuhkan terhadap penerima rasuah sahaja. Adapun pemberi rasuah terlepas hukuman kerana ada kaitannya dengan politik wang yang diberikan mereka kepada parti politik.

“Sehinggalah amalan rasuah itu merebak dan tidak boleh dikawal daripada memasuki dalam pemilihan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Hal ini termasuklah membeli undi pilihan raya yang menjadikan rasuah itu laksana wabak yang amat membahayakan masa depan negara kita,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mendakwa pemberi rasuah kini beralih kepada PH ketika menjadi kerajaan dan berkuasa dalam tempoh masa yang singkat.

“Keadaan tersebut masih berterusan kerana mereka mengharapkan supaya PH menjadi kerajaan semula dengan bantuan pemberi rasuah. Maka, keadaan akan menjadi lebih parah kerana adanya gabungan pemberi rasuah dan penerima rasuah yang dilaknat Allah SWT.

“Kalangan mereka yang beragama Islam dalam PH, terdapat sebahagiannya yang terlibat sama bergelumang dengan rasuah, malah ada juga yang mengelirukan kerana pada zahirnya kelihatan baik dan mempunyai semangat berapi-api untuk melawan rasuah.

“Namun, hakikatnya melawan rasuah terhadap penerima rasuah sahaja, bukannya terhadap pemberi rasuah,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, keadaan tersebut bertambah buruk apabila mereka menjadi bisu dengan mendiamkan diri terhadap kemungkaran yang lebih besar terhadap pemberi rasuah.

“Bahkan, juga terhadap perkara yang lebih mungkar daripada itu seperti perbuatan menghina Islam dan merendahkan kedudukan mahkamah syariah sehingga dihina.

“Malah, banyak lagi kemungkaran yang lain yang sedang berlaku dan akan berlaku kalau dibiarkan,” katanya.

Tegasnya, jenayah berat bukan sahaja rasuah, bahkan semua perkara yang ditetapkan oleh Islam sebagai jenayah berat.

“Ini termasuklah perkara yang berkait dengan ancaman terhadap rukun hidup yang menjadi maqasid al-syariah yang memelihara agama, nyawa, akal, maruah dan harta,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad